My Life............sharing is caring!

Friday, July 27, 2007

12 Tips - Kembalikan Keharmonian Rumah Tangga.....

Ari ni tetiba dapat email dari member pasal bende yang menarik nih, so rasanya boleh dikongsikan dengan korang semua kan...so HAPPY READING!

Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah.
Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama. Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.


Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu sahaja! Mohon pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah. Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.

Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.

Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.

Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.


Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.

Wednesday, July 25, 2007

Selebet sangat ke aku ni......?

Iye ke?.....lately ni semua org tegur perubahan aku.....comotla..selekeh laaa....pucat laaaa......tak pakai mekap laaa.....apa lagi...semua ada laaa.....ketara sangat yek.......

Aku ni bukan apa kalau penat sangat nampak kat muka tuh...kebetulan aku ni demam, tak sihat tu yang terserlah semua tuh......heheheh.....apa pun tima kasih pada yang prihatin tuh, aku pun perasan lately ni aku dah kurang nak bercakap tak kisah la dalam kelas ke, kat opis ke, kat umah ke....sama jek.....

Nak kata pasal hubby aku tu tak gak laaa, tapi maybe dalam beberapa minggu ni aku banyak terima, lihat, dengar berita2 yang banyak menginsafkan diri nih.......kalau nak disenaraikan antaranya ada dah posting pun sebelum nih....entahlaaa...nape leh jadik gini.....

Agaknya dah bosan dgn cara lama, nak tukar style baru la kot...huhuhu......


Tuesday, July 24, 2007

Dulu K310i, Sekarang K750i.....




Alamak....aku telah memungkiri janji ngan hubby....nak tau sebab apa...heheh...dulu masa beli tepon SE K310i tu aku kata lepas ni dah taknak beli henpon lain. Guna la henpon tu sampai titisan terakhir, tapi tiba2 hati ni tergerak nak tukar henpon lain plak.....
Ada sebab nape aku nak tukar henpon nih:

1. henpon lama tu memori sikit, bila dah amik gambar bebudak ni mula la..cam berat jek...nak amik gambar lagi pun takleh, tu yang cari henpon yang ok sket..yang ada memory card..huhuh....kamera yang ok sket.....bila nak amik video tu bolehla lama sket......hahahahahah.....

2. nak dengar lagu pun cam terhad jek...kat henpon lama leh masuk lagu , tapi bila masuk satu lagu jek dah penuh memori nya....hehheheh...

3. nak cari gak henpon yang ada ciri2 cam radio ke...apa ke...

4. henpon lama tu cuma ada infrared, pastu boleh plak bende alah yang transfer ke PC tu rosak ...sabo jek..hampeh tul....tu yang nak cari henpon yang ada bluetooth pulak...senang kan...

5. sebab yang terakhir ni lagi menguatkan sebab aku nak tukar..hehehe......umah mertua aku line tepon dah potong...malas mak mertua aku kata nak pakai line ni..menyusahkan..dahla kene bayar yuran mahal pastu line pulak cam tak betul ajek...tu yang dia terminate tu..mak mertua aku ada henpon tapi bapak mertua aku plak takde henpon..kan ke susah tu...tu yang aku cakap ngan hubby takpe....henpon aku, hubby pakai and henpon hubby bagi abah pakai...heheh.....aku apa lagi beli baru laaaa.......yaaaaaahhhhhhhhoooooooooo.........

Fuhhh...dah banyak reason aku bagi ni.....agak2 uols konkrit tak aku tukar ke henpon yang lain....yang lebih canggih sikit dari yang lama...huhuhuhu...

Bayaran Balik....

Dah masuk bulan Rejab ni menandakan sudah tiba masanya nak meng'qada' semua puasa yang belum diselesaikan lagi. Dua minggu nak ganti tu, banyak weiiii......hehehhe..abih tu nakwat cane..bukan kita yang mintak kan...huhuhuhu......

Lagipun elok puasa bulan Rejab ni, banyak fadhilatnya. Ditambah lagi dengan bulan Syaaban yang akan menyusul....woweeeeeee..best tu kalau nak buat puasa sunat...bukan senang nak dapat pahala..maklumlaaa dosa ajek banyak ni...tambah2 lagi hubby dah duduk jauh ni so bolehla kalau nak puasa tiap2 ari pun except weekends....huhuhu.....yelah abang balik kan...kalau puasa tu haru gak jadiknya....hahhahahha

Ingat lagi masa bulan puasa yang lepas2 time dalam pantang...sebulan tu tak puasa, jenuh nak menggantikan..huhuhu......takpela...kali ni puasa pun ok...banyak jimatnya....duit pun dapat jimat..maklumla ujung2 bulan ni.....hubby bagi duit pun leh buat beli barang2 keperluan lain......hehehe

Monday, July 23, 2007

My new life..........

Semalam aku menemankan hubby gi JB utk anta barang kat tempat baru yang dia nak duduk tu..alhamdulillah dapat gak duduk hostel dgn bayaran RM30. Daripada nak sewa kat JB tu bukan murah, dalam ratus2 gak and then yang nak sewa cuma 2 org jek. Penat gak gi semalam..jauh pun jauh..aku takleh bayangkan hubby aku bawak motor dalam 3 jam lebih ke JB tuh dari sini..Siannya dia......
Tapi seronok lak semalam sebab cam anta bebudak masuk hostel....itu aku cakap ngan hubby esok kalau nak anta Aliff, Ainna atau Aqim masuk asrama cenggini la rupanya...hehehehe...
Seharian gak berjalan semalam tapi sebab ujan so tak rasa cam penat sangat laaa...huhuh...ingat nak tinggal bebudak ni kat umah mak mertua tapi bila pikir balik sebab nak kejar masa...so bawak ajek tapi tu la....penat sebab jaga dorang....hmmm.......
Takpelaa....setahun tu tak lama..pejam celik nanti abih la dia..hmmm.....abai kan ajek la ek....
Ni skang aku tgh pikir nak anta Aliff sekolah tahun depan kat mana ni...kompius. Ada org kata anta pra sekolah senang, tapi cam nak anta tadika pasti.....tapi ntah...blurrr......dahla sekolah dia nanti aku yang kene amik.....semua decision skang aku yang buat........
UUWWAAA!!!!!..camner ni...somebody help me......????

Thursday, July 19, 2007

bErMuLa HiDuP nI.....

Setelah menghitung hari akhirnya, hubby aku pegi jugak sambung belajar amik post basic bidang psychiatric selama setahun bermula minggu ni..Sedihnya aku tak terkira.....iye la..mana penah kene tinggal jauh camni sejak kahwin kan......memula susah la kot tapi lama2 ok la nanti...

Bukan apa...kalau still single takde anak ok la kot, tak rasa penat tapi bila dah ada anak2 yang sihat2 dan aktif2 tu buat aku termelangu jap.....penat tu toksah citer laaa....nak melayan karenah dorang lagi..huhuhuh...

Tapi bila dipikir balik, kalau org lain boleh nape aku tak boleh. Ada org lagi idup susah dari aku tapi boleh jek dorang survive....Tu aku cakap ngan diri sendiri yang aku kene kuat, kalau tak mcam mana aku nak jaga bebudak tu sorang2 diri....

Abah ngan mak ada gak offer suh anta bebudak tu kat dia masa aku keje especially keje malam tapi bila aku pikir balik takpelaa, budak2 tu pun dah besar....INSYA ALLAH..dgn izin Allah, aku leh handle dgn kudrat aku nih. Aku ni bukan jenis sombong taknak org tolong tapi aku taknak nyusahkan org especially mak ngan abah...dahla dorang penat jaga aku ngan adik beradik masa kecik..bila dah tua kene jaga cucu plak.....sian dorang...biar la dorang rehat2 jek plak....aku bawak bebudak ni masa aku tak keje je la kat umah dorang....Aku nak cuba jaga anak2 ni macam mana mak ngan abah jaga kitaorg adik beradik dulu....NO PAIN NO GAIN...huhuhu.....

Korang rasa betul tak tindakan aku ni.....keras kepala ke cam tu? Tolak pertolongan mak abah sendiri...Hmmmm...aku harap tidak....

First day masa hubby gi, menangis aku seharian..sedih..tak tertahan rasa hati nih...sampai hubby naik berang..dia kata kalau nangis lagi dia tak nak pegi.......aku cuba tahan nangis ni tapi takleh...aku cakap ngan dia elok2 nape aku nangis...baru dia diam.....susah kan bila tak penah jauh....tu sebab aku tabik kat kawan2 aku yang penah duk jauh ngan hubby dorang....cam olin, linda.....baru aku rasa camner perasaan dorang....hehhehehehe

Tapi aku skang dah rasa ok....bila pikir ada family especially mak abah, kawan2 sini yang bagi support....so..takde apa nak risau laaa....apa pun LIFE GOES ON..........kalau aku patah semangat macam mana ngan anak2 aku ......

Banyak bende aku nak plan dalam tempoh masa terdekat ni...so aku kene realisasi kan sorang2 tanpa hubby aku dan aku percaya aku boleh buat..cuma aku perlukan REDHA dan RESTU dia ajek....Kalau aku takde sape2 pun, aku masih ada ALLAH s.w.t yang sentiasa membantu......

Ya Allah, tabahkan la hati aku menghadapi semua dugaanMu dan berkatilah hidup kami dunia akhirat...AMIN......

Friday, July 13, 2007

Keta Lagi.....


Hmmm.....ni hobi hubby aku laa....tak abih2 pasal keta...projek keta kedua lom setel..dah masuk projek pada keta ketiga pulak...kali ni MITSUBISHI GALANT VR4 2.0 TURBO.......

Fuhhh......bukan apa..projek kete kedua tu cam tak dapat diteruskan sebab bila semak balik bajet cam tak berbaloi so baik beli ajek yang dah siap and complete semuanya.....jenuh gak membajet ngan hubby..yelah selama ni dok pakai keta kancil ajek..sebenarnya kalau ikut hati mmg nak pakai keta tu ajek...malas nak menambah beban beli keta lain tapi bila pikirkan nak jalan jauh tu sian kat anak2..tu yang plan beli ajek keta tuh...nekad kan ajek......

Nak beli keta baru hubby taknak, dia kata nanti hutang besar, so cari yang seken ajek tapi puas hati...Nasib baik ada abang ipar yang mmg buat part time broker kete..kira terer la dah belas2 tahun dalam bidang tuh....tapi dia mmg bagus..kalau cariketa mmg jenis baik punye, tu sebab ramai org cari dia bila nak beli keta.....

Buktinya, keta yang kitaorng beli ni ajek dah nampak, mmg tip top la...hubby mmg puas hati gila....bhgn interior dan exterior dia mmg superb laaa.......attractive betul...sampai abg ipar aku kata masa dia bawak balik keta tu kat umah, org yang lalu lalang siap nak beli keta tuh...hehehhehe...[thanks abg E]........

Tuesday, July 10, 2007

Sentiasa Ingat Mereka Yang SUSAH.....barulah keinsafan wujud dalam diri...

Pagi tadik aku menemankan hubby pegi ke bank utk setelkan pasal payment dia laaa.....then suddenly dia parking kat betul2 depan deretan kedai kat area bank rakyat tuh. Dia kuar utk setelkan hal dia and aku duk la dalam kereta....sambil dengar lagu then main2 henpon tetiba mata aku tertaut ngan satu insiden depan mata....seorang makcik tua kuar dari satu kedai sambil bawak baldi ngan penyapu.....aku sure makcik tu mesti cleaner kat kedai tuh....apa yang aku nak kongsi ngan uols ialah aku tersentuh tgk makcik tu, dah tua rasanya cam baya nenek kita..aku ulangi ye..nenek kita bukan mak kita..nampak sangat uzur..sian aku tgk.....tetiba hati ni rasa sebak...boleh la plak aku menitiskan air mata kat situ gak tapi aku kontrol....sian nampak;
Terus otak aku terpikirkan, macam mana la kehidupan makcik ni ek.....tua2 pun masih keje lagi....mana anak2 dia agaknya......mesti dah ada anak2 besar tapi mana agaknya dorang pegi...apa peranan dorang ye... Macam mana agaknya keadaan rumah makcik ni.....itu yang bermain kat fikiran aku ni.......
Itulah bila fikir balik, rasa insaf dan bersyukur ngan apa yang aku ada....walaupun tak kaya dan mewah macam orang lain tapi sekurang2nya aku lebih bernasib baik dari makcik tu...Dan bersyukur jugak pada Allah sebab kedua2 belah keluarga aku dan mertua takdelah sesusah macam makcik tuh.......
Alhamdulillah aku bersyukur dan berterima kasih pada mak dan abah sebab didik aku dan adik beradik aku yang lain ingat akan kesusahan org lain. Pada aku, bila kita susah sentiasa ingat org yang susah dari kita, maksudnya kene selalu pandang ke bawah dan jangan selalu mendongak ke langit takut jadik riak nanti.

Raya Sakan Tahun Ni..huhuhuh

Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat aku nak menghantar kain2 ela yang aku beli ke kedai jahit......nampak gayanya tahun ni aku raya sakanla....pheeewwiiitttt!!!......
Aku nekadkan ajek benonya...bayangkanlaa baju tu dah terperam dekat 4 tahun lebih...dalam tempoh tu jugak aku tak de baju raya..time raya aku cuma pakai baju kurung yang buat gi keje tu ajek..sedeyykan....huk huk huk huk.....
Tapi tahun ni kan aku bakal menggemparkan diri aku la kan, kalau org lain pedulik hapa, dorang bukannya tau aku pakai baju baru ke idak melainkan laki aku laaaa..dan part yang paling best semalam tu, duit deposit baju tu laki aku bayarkan..huhuh..sayang abang...muaahhhhhssss.....:)

Tuesday, July 03, 2007

Akhirnya........................

Tadaaaa....akhirnya berjaya jugak aku mencoretkan sesuatu ke dalam blog ni setelah begitu lama internet dalam keadaan bengong...huhuhuh....
Apa pun tahniah diucapkan buat Olyn ngan Jun atas kelahiran Muhammad Afiq Ridzuan pada sabtu 23 Jun 2007 jam 4.59 petang.......bestla dah dapat sepasang kan Olyn..heheheh...
Actually banyak bende nak dicoretkan tetapi disebabkan kesibukan kerja yang makin bertambah dan masalah internet yang bengong 2, 3 macam ni maka tertangguh la berminggu2 tu lamanya keje meng'update' blog ni....
Rasanya macam2 hal dah jadik kat sini..tak terkata la kiranya...nak citer pun malas..yelah bende dah tertunggak ni....jadi panjang pulak....oklaa...nanti ada masa pree ngan line internet yang stable..kita sambung lagi ek...bubyeee.....