My Life............sharing is caring!

Thursday, August 23, 2018

Wanita Kena Rahsiakan Status Kewangan Dari Suami Yang Jenis Macam…

Wanita Kena Rahsiakan Status Kewangan Dari Suami Yang Jenis Macam…

Rahsiakan Status Kewangan Daripada Suami!
Zaman sekarang, kaum wanita lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Tambah-tambah, lagi kaum wanita sekarang kebanyakannya sudah mempunyai pendapatan sendiri.
Soal urusan pengurusan kewangan bukan semua orang berminat nak ambil tahu. Apa yang mereka tahu, kerja, dapat gaji. berbelanja. Itu sahaja.
Kaum wanita kena lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa menanggung beban hutang ataupun menjadi penjamin pasangan nanti.
Bahaya kaum wanita / isteri dedahkan kewangan kepada calon suami/ tunang/ yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Si dia yang selalu modified kereta. Tayar ubah terkeluar lah, tambah spoiler tinggi supaya kereta boleh laju la dan macam-macam lagi.
2. Si dia yang tidak suka menyimpan. Nak menyimpan seringgit pun malas apatah lagi nak menyimpan 10% daripada gaji.
3. Si dia yang malu nak beritahu gaji dia dan segala hutang yang dia ada. Senang kata dia suka berahsia.
4. Si dia yang malas nak angkat panggilan daripada pihak bank. Ataupun terus sawan kalau nampak nombor bank naik.
5. Si dia yang selalu beli barang berjenama, DSLR, Go Pro, iPhone dan gajet canggih dengan cara berhutang. Duk bayar ansuran bulanan.
6. Si dia yang gilakan motosikal besar, kereta import mewah. Mereka kata itulah aset terpenting mereka.
7. Si dia yang tak tahu aliran wang keluar, perbelanjaan bulanan dan boros dalam berbelanja.
8. Si dia yang selalu duk maki-maki kerajaan, duk sembang pasal kos sara hidup, padahal berbelanja serupa setan. Beli barang nak yang berjenama je. Makan tempat hispter je.
9. Si dia yang selalu puji kau cantik, duk mesej “I Love You” je memanjang. Bila dah tengah bulan, kau la yang duk belanja dia je.
10. Si dia yang makan megi, roti, biskut dan kata takde duit bila gaji lambat masuk.
11. Si dia akan cepat marah bila kau tanya simpanan dia dah berapa, nak beli rumah bila dan apa dia punya perancangan kewangan.
12. Si dia yang tak boleh belikan kau hadiah sempena hari jadi kau ataupun hari ulang tahun perkahwinan. Kalau tak beli hadiah pun tak apa lah, ini tak wish pun. Mungkin dia duk fikir macam mana nak bayar hutang je.
13. Si dia yang nak pinjam duit kau, janji nak bayar lepas gaji. Kalau sekali sekala takpe. Ini setiap bulan. Lepastu buat-buat lupa.
14. Si dia yang jenis berkira. Selalu berprasangka buruk kepada mereka yang datang minta sedekah. “Ini mesti sindiket minta bantuan bina tahfiz, entah-entah duit tu pengetua dia guna untuk kahwin lagi”.
15. Si dia yang ada kad kredit sampai tiga empat. Padahal hutang tertunggak. Bayar separuh hutang je mampu. Surat bank datang pun tak nak buka dah. Terus buang dalam tong sampah.
16. Si dia duk kata rugi je buat perlindungan takaful ni. Bayar bukannya guna pun. Ejen sedap duk makan komisen je.
17. Si dia yang terlalu taksub mengikut arus perdana masa kini. IPhone X keluar terus nak beli. Buat pinjamin peribadi pun tak jadi masalah. Kereta asyik tukar baru, nak pakai yang import je.
18. Si dia yang selalu duk tanya bila nak gaji. Menggigil bila tahu bulan depan gaji lambat masuk.
19. Si dia malas nak membaca tentang pengurusan kewangan, panduan urus gaji dan semua yang berkaitan kewangan.
20. Si dia yang merokok. Rokok sekarang mahal. Ramai perokok kurang ada simpanan. Eh, betul ke? Kah!
Kesimpulannya…
Kalau korang dah nampak ciri-ciri di atas ada dekat pasangan korang, korang boleh la mendidik, ajar pasangan korang. Jangan biarkan dia terus dibuai mimpi. Tak salah pun isteri mendidik suami. Tak semua suami bijak menguruskan kewangan.
Kalau bakal suami/suami korang bergaji kecil tak apa. Mungkin dia rajin berkerja, ada pendapatan sampingan dan berjimat cermat. Kah!
KREDIT TO AMIR SYAHIR 
https://celikhartanah.com/wanita-kena-rahsiakan-status-kewangan-dari-suami-yang-jenis-macam/

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home