~Doa harian~
"Ya Allah semoga timbulnya bulan ini membawa suasana aman dan damai, keimanan, keselamatan, keIslaman, ketenangan, kewarasan, kehidupan yang baik dan mendapat taufik-Mu seperti yang Engkau sukai. Wahai bulan! Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah."
Pesan Imam al-Syafie
1.Perdalamkan segala masalah ilmu supaya ia tidak akan menyempitkan masamu.
2.Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.
3.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.
4.Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.
5.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.