My Life............sharing is caring!

Thursday, March 30, 2006

~Doa harian~

Ketika hendak tidur
"Dengan nama-Mu aku baringkan badanku ini dan dengan nama-Mu pula kuangkat kembali. Apabila nyawaku Kau cabut maka keampunan-Mu yang kuharapkan dan apabilaku Kau biarkan hidup kembali maka peliharalah aku sepatutnya sebagaimana Engkau memelihara nyawa hamba-Mu yang bertakwa."

Sukar tidur
"Ya Allah, bintang telah pun lenyap, semua insan telah tidur lelap. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah diserang rasa mengantuk. Engkau Maha Waspada sentiasa berjaga sepanjang masa maka tenangkanlah hati yang gelisah ini, tidurkanlah hamba yang resah."

Untuk ibu bapa
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua orang tuaku serta semua kaum Muslimin pada hari kiamat. Ya Tuhanku, sayangilah kedua-dua orang tuaku seperti mereka menyayangiku pada waktu aku kecil dulu."

Melihat bulan

"Ya Allah semoga timbulnya bulan ini membawa suasana aman dan damai, keimanan, keselamatan, keIslaman, ketenangan, kewarasan, kehidupan yang baik dan mendapat taufik-Mu seperti yang Engkau sukai. Wahai bulan! Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah."

Pesan Imam al-Syafie

1.Perdalamkan segala masalah ilmu supaya ia tidak akan menyempitkan masamu.
2.Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.
3.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.
4.Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.
5.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.

2 Comments:

  • kenapa blog akak sekarang ni topiknya ilmiah2 belaka???!!! caya lah Kak Zai...Hidup Kak Zai!!! muahaha..

    By Blogger Cikgu Ita, at 8:21 AM  

  • tima kasih akak nak ucapkan pada ita kerana menyokong akak selama ini..(huhuhu..macam org baru menang pilihanraya lak..heheheh)...hehhe..tu namanya takde idea ita......ala ita..jean tu dengki blog dia tak sehebat blog akak...abaikan jek nyonya senget tuh...huhuhuh

    By Blogger zAi....ibu of aLiFf , aInNa , aQiM, aAqiI and aFrEeNa, at 11:51 AM  

Post a Comment

<< Home