My Life............sharing is caring!

Wednesday, March 29, 2006

KELEBIHAN ZIKIR

fadilat berzikir ada banyak di antaranya :

* ZIKIR menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya .
* ZIKIR menyebabkan Allah redha .
* ZIKIR menjauhkan dukacita daripada hati manusia .
* ZIKIR menggembirakan hati .
*ZIKIR menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari .
* ZIKIR memurahkan rezeki .
* ZIKIR adalah sinaran hati dan muka .
* ZIKIR adalah membuka pintu makrifat Allah .
* ZIKIR adalah menghidupkan hati (ibarat ikan di dalam air) .
* ZIKIR adalah santapan bagi roh dan hati .
* ZIKIR adalah membersihkan hati daripada karatnya .
* ZIKIR adalah manghapuskan dosa dan maksiat .
* ZIKIR adalah manghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah.
* ZIKIR adalah menyebut orang berZIKIR itu dikeliling oleh A'rasy Ilahi.
* ZIKIR adalah melepaskan orang berzikir daripada azab.
* ZIKIR akan memelihara sesorang yang berZIKIR daripada menyesal pada hari kiamat .
* ZIKIR suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali berbanding dengan ibadat-ibadat lain.
* Zikrullah merupakan pohon di dalam syurga .
* ZIKIR adalah sumber syukur.
* Yang paling mulia di antara orang-orang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang senantiasa sibuk dengan berZIKIR.
* ZIKIR berupaya melembutkan hati yang keras .
* ZIKIR adalah merawat hati .
* ZIKIR adalah sumber persahabatan dengan Allah, lalai adalah sumber permusuhan dengannya .
* ZIKIR adalah menambahkan nikmat dan menyelamatkan dari azab .
* Majlis ZIKIR adalah majlis para malaikat .
* Allah membanggakan orang-orang yang berZIKIR itu di hadapan para malaikat .
* Barang siapa sentiasa berZIKIR ia akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.
* Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata kerana zikrullah .
* ZIKIR adalah pengganti kepada ibadat-ibadat nafilah (tambahan) .
* ZIKIR menjadi pendorong bagi ibadat-ibadat lain.
* Dengan berZIKIR kepada Allah segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.


petikan dari virtualfriends.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home