10 perbuatan sia-sia perlu dielak ummah....
SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
petikan dari sudut agama, berita harian, 29 Mac 2006

0 Comments:
Post a Comment
<< Home