Things To Do Early In The Morning......
Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
Alhamdulillah..ni biasa aku praktis kalau bangun tido..selalu bersyukur ngan apa yang ada....anak2 and suami sihat..masih ada di sebelah aku.....hidup aku tak sesusah orang lain walaupun aku rasa ni dah tahap paling susah..Subhanallah..
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
Heheheh..bab pasang niat ni memang sentiasa la aku buat tapi bila part yang aku bold kat atas tu macam tak boleh elak...huhuhuh.....
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
Aku memang suka dengar atau baca pasal motivasi ni...even tiap2 bulan aku ada beli buku motivasi....
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup 'cas betri' saja.Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
Yang ni memang betul, semua perbuatan kita meti didahulukan dengan bismillah..cam aku kalau ingat memang aku bismillah dulu tapi kalau lupa..hehehehehe.....aku redah jek dulu...
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
Hmmm..bila baca balik benda ni..betulla..hidup setiap hari mesti ada target...apa yang nak dicapai and compare dengan apa yang dah dicapai.....so dari situ kita tau performance on that day...Adakah kita tergolong dalam kategori orang yang baik dari semalam, sama dengan semalam atau pun lebih teruk dari semalam?..Jadi, fikir-fikirkan laaa.....
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
Suka tgk warna hijau..normally kalau pagi2 nak anta bebudak ke sekolah pun, bila bukak pintu terus tgk daun2 kat luar tu....sejuk mata memandang.....
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Haaaa.......part yang ni den lomah sket...heheheh.....kalau dah geram ngan orang tu memang susah nak maafkan ..lagi la kalau dia buat dajal dulu tapi tu la benda camni kene praktis....alaaa..kadang2 bila gaduh ngan suami pun ada jugak berhari2 gaduh..jahat tak aku nih.....
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!