My Life............sharing is caring!

Friday, September 26, 2008

Akhirnya........

Uwarggghhhh, setelah sekian lama aku membuat research pada pelaburan ni akhirnya aku berjaya menjebakkan diri aku ke gold investment ni......Tanggal 26/9 aku ke bank rakyat untuk cagarkan gold yang aku beli tuh plus ngan 2 gold etika punye...perghh. Takutnya pegang ketul2 emas ni tapi apa pun best tuh.
Jumpa ngan staff bank rakyat bahagian ar-rahnu tu and borak2 pasal investment thru etika nih. Dorang pun nak buat tapi sebab staff bank kan so ada agak terhad sikit. So sangat beruntung pada orang2 cam aku ni. Aku invest pun tak banyak cuma 100g ajek. Masa aku invest tu pun harga tengah naik, yelah orang sibuk nak raya kan. Emas ni bila masa perayaan memang naik sebab org sibuk beli barang kemas utk beraya. Tapi pada aku tak kisah la bak kata pepatah ' better late than never'.
Aku harap pelaburan yang aku buat ni berbaloi ngan apa yang aku dah kuarkan. Actually untuk gold investment ni selain dengan etika , aku ada gak buat kat Public Bank thru passbook. Takpela, at least aku cabangkan sumber pelaburan aku. Aku start bende ni sebab baca satu website yang aku rasa complete pasal pelaburan emas ni. So, kat bawah ni aku sertakan beberapa website yang korang leh tgk and kalau berminat leh invest sebab tak rugi pun kan:

Pada yang sibuk2 nak cari source utk invest duit tu, ni pun satu alternatif yang ok. Actually long term investment, tak rugi pun kan. Esok2 nanti bila dah tua kan senang tapi dengan harapan nilai emas ni tak jatuh la....Insya Allah.....
~SELAMAT MEMBACA~

Friday, September 05, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

p/s taken from email......nice to read!

Thursday, September 04, 2008

OD/ASB + GOLD INVESTMENT....masyukkkkk.......

Sekarang aku dah melangkah jauh lagi dalam perancangan kewangan aku.....Dulu aku ngan dorang2 ni sibuk citer pasal OD/ASB..kecoh jugak la berbulan2...now dah senyap sebab ramai dah buat.....moga2 bejaya OD dorang ni..
Skang aku dah mencabangkan investment aku kepada pelaburan emas.....macam tak glamer je bunyinya, tapi rasanya semua tau apa tu emas kan!........Aku tau pasal bende ni pun dari agen UT aku tuh, dia la cadangkan aku explore pasal bende ni and tetiba aku terminat pulak nak join sebab pada aku...my new principle; 'LET MONEY WORK FOR ME'.
So, biar aku brief sket apa modus operandi bentuk investment ni;
Pelaburan emas ni kene buat ngan Etika Emas Estet Sdn Bhd, yang mana HQ kat KL tapi banyak agen dorang ni, even aku dah jumpa sendiri agen terdekat di Batu Pahat.....sanggup agen tu turun Muar...and paling best sekali banjer makan tu...huhuhuh.....ala dia pun banyak duit..tak heran per......tq en yazid....
Aku dah kaji bende ni berbulan2 and pada aku selamat sebab bende ni ada deal ngan bank rakyat utk simpanan emas kita and tiap2 bulan kita akan dapat duit dari syarikat ni.

PROGRAM PEMILIKAN DAN PENYIMPANAN EMAS 999.9 PAMP S.A (24k)
ETIKA EMAS ESTET SDN BHD (774324-V)
SIMPANAN SELAMAT, KEUNTUNGAN BERKAT!!
PROGRAM AR RAHNU..

2 program disediakan:-
(Contoh 100g emas)

(1) Beli emas999.9 dengan EEESB dan simpan sendiri :-
(i)Keuntungan/Diskaunberjadual RM100 setiap bulan kepada peserta selama 6 bulan mengikut kontrak.
(ii) Jual semulaFizikal emas 999.9 kepada EEESB selepas 6 bulan dengan harga semasa yang tinggi.

(2) Beli emas999.9 dengan EEESB dan simpan di Ar Rahnu Bank:-
(i) Keuntungan/Diskaun Berjadual RM 300 setiap bulan kepada peserta selama 6 bulan mengikut kontrak.
(ii) Peserta boleh perbaharui kontrak ( RM100 )dan peserta akan terus peroleh keuntungan/ Diskaun berjadual RM300 setiap bulan selama 6 bulan seterusnya.

BAGAIMANA PESERTA BOLEH MENDAPAT KEUNTUNGAN/ DISKAUN BERJADUAL??

PROGRAM SIMPAN DI AR RAHNU BANK.
*Katakan harga emas semasa adalah RM 102.11 per gram.
*Para perserta membeli emas 999.9 iaitu 100g mengikut harga semasa dari EEESB.
*Peserta menyimpan emas 999.9 itu ke Ar Rahnu Bank Rakyat.
*Kita tengok mereka uji-kita tengok mereka timbang.
*Syarikat akan tambah lagi 200g emas 999.9 untuk disimpan bersama emas peserta.
*Selepas diuji dan di timbang, bank akan keluarkan Sijil Ar-Rahnu atas nama peserta.
*Peserta perlu cagarkan kesemua emas 999.9 tersebut dan sebanyak 65% wang gadaian itu diambil oleh EEESB untuk modal pusingan dan mengembangkan syarikat.
*Selepas 30 hari pembelian EEESB akan memberikan Keuntungan/ Diskaun berjadual kepada peserta sebanyak RM 300 sebulan selama 6 bulan.
*Selepas tamat kontrak (6 bulan), peserta boleh renew kontrak tersebut dan EEESB akan membayar RM 300 setiap bulan.
*Peserta boleh terus renew kontrak setiap kali kontrak tamat.
*Peserta juga boleh menjual semula kepada EEESB setiap kali tamat tempoh kontrak dan para pelabur boleh mendapat keuntungan daripada jualan emas mengikut harga pasaran.


CONTOH PENGIRAAN KEUNTUNGAN BERDASARKAN MODAL SENDIRI:

1)JADUALKEUNTUNGAN/ DISKAUN BERJADUAL:-

PEMBELIAN----SEBULAN -----6 BULAN-------SETAHUN
1 X 100g------RM300-------- RM 1,800 -------RM 3600
2 X 100g------RM600-------- RM 3,600-------RM 7200
3 X 100g------RM900-------- RM 5,400-------RM10,800
4 X 100g------RM1,200------ RM 7,200-------RM 14,400
5 X 100g------RM1,500------ RM 9,000-------RM18,000

Katakan harga emas semasa adalah RM 102.11 per gram = RM10,211.00
Keuntungan Setahun: RM 300 X 12 BULAN =RM 3600.00
Peratus Keuntungan/ Diskaun berjadual Setahun: (RM 3,600 / RM 10,211) X 100% = 35.20

KESIMPULAN :

Fizikal emas 999.9 + Keuntungan/ Diskaun berjadual.

RISIKO DI PELIHARA
 Apabila peserta ingin menjual semula emas mereka, maka EEESB akan membeli pada harga semasa yang tinggi .

Lawati :- www.kitco.com ( Peningkatan harga emas 999.9 )

SKIM PINJAMAN DISEDIAKAN BAGI YANG BERMINAT.

Ansuran bulanan rendah dan boleh dibayar hasil Keuntungan/ Diskaun berjadual
CCRISS danCTOS boleh memohon.
Pinjaman sehingga RM 100,000.00
Dokumen yang mudah
Tanpa cagaran dan penjamin

CONTOH PENGIRAAN KEUNTUNGAN BERDASARKAN PINJAMAN PERIBADI:
JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN BERBANDING SIMPANAN EMAS 999.9 AR-RAHNU:-

PINJAMAN---HARGA EMAS 999.9/---TEMP PINJ-----ANS BLNAN---HIBAH------BAKI PINJ-----UTG BERSIH

A)RM 15,000---RM 10,211 (100g)-------120 BULAN------RM 204--------RM300-------RM4,789---------RM 96
B)RM 30,000---RM 20,422 (200g)-------120 BULAN------RM 408--------RM 600------RM9,578--------RM 192
C)RM 50,000---RM 40,844 (400g)-------120 BULAN------RM 680------RM 1200-----RM9,156--------RM 520
D)RM 100,000--RM91,899 (900g)-------120 BULAN-----RM 1,359------RM 2700-----RM8,101-------RM 1341

KEUNTUNGAN/ DISKAUN BERJADUAL diberikan setiap bulan RM 300 bagi setiap 100g.