My Life............sharing is caring!

Wednesday, May 31, 2006

Welcome back ZAI.....

Semalam bermulalah semester baru untuk diploma students dan secara tak langsung tamatlah sudah peranan dalam SLG BA. Kelas tu dah diambil sepenuhnya oleh Az'zali. Pergh.......sedih pun ada....sebab tak sempat nak abiskan tapi takpen, nanti masa final presentation utk projek pandai2 la luangkan masa utk diorang kejap...hehehe

Semalam ajek, berderet kelas untuk diploma dari pagi sampai petang, 'marathon' la katakan. Fuhh..semangat tuh masuk kelas 'on time'..heheh......duduk dalam kelas tu berjanggut tunggu student, hampeh tul..sampai sejam tu....sabo jek laaa....Konon2 semangat la naik sem baru amik balik kelas diploma tapi cam ape jek, nasib baik first day so masih boleh dimaafkan lagi korang kalau tak meletup jugak la kat situ.


Semalam memang tingin nak update blog tapi tak sempat la pulak, kelas mula dari 9 sampai 5.30 cuma ada break dalam 2 jam aje. Tapi dalam 2 jam tu macam2 bende lain pulak nak buat...huhuhu...takpela. pagi nih sementara nak sambung keje lain, update dulu nanti kalau dah bz memang tak selalu la dapat update..ditambah kalau time internet tgh slow....huhuhu......

Hari ini, nasib baik satu kelas jek tapi rasanya going to be marathon jugak kot sebab ada student minta tukar slot pagi.....kelas teori kalau time petang memang la tido jawabnya...hehehe...apa pun tunggu minggu depan la utk update jadual seterusnya.......

Saturday, May 27, 2006

KeReTa BaRu YaNg LaMa.............

MITSUBISHI TREDIA 1.4L

Inilah kereta yang baru kiter beli......bukan keta baru tau..keta lama tahun 1984 punye..lama gila beb.....murah jek..RM1600 by cash term [ abih savings aku...uwwaa] ...huhuhu...tapi tak nampak buruk pun....malas nak beli keta baru sebab malas nak berhutang balik. Keta satu lagi dah abih bayar, so bolehla cari satu lagi keta yang besar sikit kan, tapi kan keta ni mmg besar dan luas, bahagian bonet boleh bubuh barang banyak..tu yang best tu, takde la sempit je kalau nak jalan jauh.

Banyak juga yang nak kene modify kat keta ni, skang ni pun tgh pasang brake disc belakang. Mmg intention nak solek keta ni lawa2, enjinnya pun nak tukar [ apa lagi turbo la jawabnya...] Cam kita org pompuan ni tak kisah pasal keta, asal boleh jalan kira ok tapi tu la org laki nih ada jek idea nak mengabiskan duit kat kereta..hmmm.....BIO LAAAAA.......


Friday, May 26, 2006

Cuba renungkan..................wahai para isteri.....

Setiap Pasangan Perlu Bersedia Memaafkan
Oleh Halina Mohd Noor

GRAF kebahagiaan dalam perkahwinan mengandaikan pasangan yang menggunakan kaedah menyelesaikan masalah dan mengalah, berjaya mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Sebaliknya, pasangan yang sentiasa ingin menang dalam pertengkaran pula hanya berjaya memenuhi keperluan peribadi, manakala pasangan yang mengelak daripada menyelesaikan masalah pula langsung tidak mencapai keperluan sama ada dalam perhubungan mahupun peribadi.
Merujuk kepada kata bestari La Roche Focauld, ‘Pertelingkahan tidak akan berpanjangan jika hanya seorang saja yang silap’. Masalah hanya akan menemui jalan buntu dan berubah menjadi konflik sekiranya kedua suami isteri ego dan enggan mengalah dalam menyelesaikan masalah.
Perunding Psikologi dan Terapi Perkahwinan dan Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki, berkata sikap memaafkan kesilapan pasangan adalah sikap terpuji dalam menyelamatkan rumah tangga. Bagaimanapun, beliau berkata, tidak semua individu yang memaafkan mampu melupakan kesilapan yang pernah dilakukan pasangan apatah lagi kesilapan yang serius dan besar.
“Terdapat beberapa tahap dalam memaafkan. Tidak semua orang boleh memaafkan dan dalam masa sama melupakan apa yang dilakukan pasangan. Sesetengahnya pula boleh memaafkan tetapi tidak dapat melupakan kesilapan yang pernah dilakukan pasangan. Ini bergantung kepada sebesar mana kesilapan yang dilakukan dan sejauh mana ia boleh dilupakan,” katanya.
Dr Mat Saat menyampaikan ceramah berjudul Pengurusan Konflik Dalam Rumah Tangga di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.
Ceramah berkenaan adalah sebahagian daripada kursus bersiri Ilmu Kekeluargaan anjuran LPPKN. Selain beliau, penceramah yang turut dijemput termasuk Pegawai Penerangan Bahagian Pembangunan Keluarga, LPPKN, Hairil Fadzly Md Akir serta Pengarang Buku dan Penceramah Bebas, Rahmah Saad.
Dr Mat Saat berkata, jika seseorang mengambil jalan mudah seperti cuba mengelak masalah dengan tinggal berasingan amat tidak digalakkan tetapi langkah itu wajar dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menilai kembali perhubungan. “Adakalanya tinggal berasingan menjurus kepada perhubungan yang lebih baik apabila pasangan dapat menilai semula masalah yang dihadapi.
Mungkin ini jalan yang terbaik berbanding terpaksa berkelahi di depan anak-anak.
“Bagaimanapun, tinggal berasingan tidak sepatutnya lebih dari enam bulan kerana ia boleh meninggalkan kesan dari sudut lain terutama dari segi agama. Tempoh di antara tiga hingga enam bulan sudah cukup untuk pasangan membuat keputusan sama ada untuk kembali bersatu atau berpisah,” katanya.
Sementara itu, Hairil menasihatkan supaya pasangan saling bermaafan dan melupakan kesilapan lalu dengan membuang segala dendam yang ada di dalam hati. “Allahyarham Tan Sri P Ramlee ada mengatakan dalam lagunya, buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Kata-kata ini amat mendalam maknanya. Kalau kita dapat melupakan kesilapan orang lain, jiwa kita akan tenang dan rumah tangga yang dibina juga lebih bahagia,” katanya.
Oleh kerana memaafkan dan melupakan adalah satu proses yang bukan mudah, Hairil menasihatkan agar masalah segera diselesaikan agar tidak menjadi konflik dalam rumah tangga. Ini kerana rasa marah yang dilontarkan tetap akan meninggalkan kesan kepada pasangan walaupun kemaafan sudah diberikan.
“Komunikasi lembut (asertif) dan tidak mementingkan diri sendiri adalah cara terbaik bagi mewujudkan keharmonian. Jika timbul konflik, ceritakan situasi yang dihadapi anda tetapi bukan dalam bentuk yang mementingkan diri sendiri,” katanya.

FAKTA

~Rahsia Wanita~
- Wanita suka digoda.
- Wanita mengambil masa untuk dirangsang, bermula dengan otaknya dulu sebagai persediaan awal untuk menjalin hubungan intim.
- Wanita tidak suka diancam dengan kehadiran wanita lain.
- Wanita suka dihargai dan diberikan perhatian.
- Wanita gemar bercerita termasuk mengenai hal remeh temeh.

~Rahsia Lelaki~
- Hubungan intim amat penting bagi lelaki.
- Rasa bangga apabila dipuji seolah-seolah merasakan telah melakukan sesuatu yang hebat.
- Lelaki gemarkan isteri yang ada sifat kelakar.
- Lelaki suka menikmati sifat kewanitaan seorang isteri, jadi jangan terlalu kasar dengannya.
- Lelaki sukakan wanita yang cekap.

Wednesday, May 24, 2006

mArKiNg PaPeR............

Tak abis2 rasanya menanda kertas nih......semalam pun tak sempat nak update blog citer pasal nih..heheh......sempat kat blog satu lagi tu jek..........Tapi biasalah adat menanda kertas bukan leh duduk elok2 tanda, ada jek bende nak buat, lagi la ada pc kat depan mata. Kejap2 ke PC, macamtu la satu hari semalam, dorang2 ni pulak pakat pegi cuti2 Malaysia, maklumla semester break...aku jugakla teruskan perjuangan ngan kelas yang tak abis2 tuh...huhuhuhu......

Hmmm..ari ni sambung balik menanda. Sem ni dapat 174 skrip....banyak woooo......semalam baru dapat siap 58 skrip, uuwwaa...banyak lagi tuh.........tapi yang bengangnya si nyonya kat bawah tu suka menipu, suh siapkan by monday tapi sebenarnya tak pun. Dateline biasanya seminggu, dia mmg camtu..suka menipu tapi kitaorg tak penah tertipu ngan dia..buat dek aje laaa....malas nak dilayan kan.

Oklah, nak sambung tanda ni, sesambil n pun cek email and etc. Kang takde mood baru sambung kat PC ni balik...huhuhu......caiyok.....

Friday, May 19, 2006

sUdAh FeNiN La.........

Ishhh..ishh...bila dah ada dua blog ni cam susah la plak.....nak kene update dua2 sekali..kang update satu, satu lagi kecik ati...camner la nih?..Skang tgh free sket bulehla..kuat2 kan jugak hati nak meng'update'...nanti kalau dah bz...uuuwwwaaaaa..............
Cuma ada dalam seminggu lebih jek nak meng'free' kan diri. Sebab lepas ni bila dah amik balik kelas diploma susah la......full aje masanya.........aduiii...tak best la plak sebab cam dah best jek ajo SLG ni.....KAN OLIN KAN? Ngko ni zai..dah la makan gaji ikut ajek la...best ke tak best dah tanggungjawab..hempuk kang.......huhuhuhuh
U all tau tak lately ni rasa terhibur sket sebab dapat baca satu blog..olin la yang bagi ni...kelako betul mamat tu..si faizal namanya......sangat selamba.....cara dia sampaikan dalam bentuk penulisan tu mmg boleh attract utk org baca dan gelak sampai org leh kata..gila ke apa budak ni? gelak sorang2..hehehh . Sabo jek laaa.........
Hmmm...tak tau nak citer apa lagi sebenonya......chatting pun boring...biasa chat gak ngan student tapi lepas kene sound semalam langsung dah tak tanya apa2.......Mana tak geram, kita dah bagi lab yang ada internet ngan leh chatting lagi tapi bila part tunjuk progress keje kat kita cam apa jek.........tu bagi masa seminggu tu..hangin tul...ada yang tak siap la apa la ........Apa lagi semalam ngan selambanya sound cara terhormat tapi bukan secara live la....guna la teknologi yang canggih manggih ni....thru YM......siap cakap jangan sampai kita tarik balik subsidi sudah.....huhuhuh........terus jadi takut...huhuhuh...dorang nak gurau lebih2 pun takut..no compromise at all.....Zalim ke kita haa?.......hmm..taklah kot ek..sesekali kene gertak jugak......:D

Wednesday, May 17, 2006

Bestnya jalan2..........

Seperti yang dijanjikan, ni adala beberapa gambar yang dijanjikan. Nak letak semua cam berat jek nanti....sikit2 pun okla kan dari takde....


Gambar kat atas ni lebih kurang dalam 8 pagi....tengah tunggu satu lagi kereta. Maklumla , kalau nak pegi kan mesti cukup semua so sesambil tuh posing la dulu.
Yang ni pulak aktiviti pertama kat pantai, buat istana pasir. Kita tak join sebab takde sape nak jaga Aqim, so wakilkan Azhar jek. Tapi dapat jadi hakim laa...hehe.....marah bebudak ni takut kita bagi kumpulan Azhar menang padahal tak pun. kene be fair la kan.
Haaa...part ni paling best, dapat bersuka ria di tepian pantai. Jadi la...tak plan pun nak mandi; tapi bila kene ombak tuh..abis lencun baju...dah la pakai baju terang..hehehee. Melayankan si Ainna mandi. Aliff ngan ayah dia.......Aqim kene pegang ngan dorang nih...sampai tertidur2 tuh....agaknya sedap kene angin laut....

Wanita dan Unsur2...............

Baca dan fikirkan dimanakah anda? Kita rasa cam ada yang kene jugakla sebab kita anak nombor 3, memang tepat rasanya tapi tak tau la kalau korang. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.

Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh.
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas.
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas.


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa.

*dipetik dari www.raudhah.com

Tuesday, May 16, 2006

UWAAAA............PENAT GILAAAAAAA.............

Perghh..penat betul ari nih...rasa cam nak MC ajek...mana taknya.......3 hari cuti tapi pegi berjalan2 non stop tuh...........aduuiiii..rasa nak pengsan...penat semua badan ngan otak ni........Bukan apa, sebenarnya penat jaga bebudak ni, rasanya kalau tak bawak bebudak ni ok kot.
Then, pagi2 Ahad tu dah kene balik kluang pulak, nasib baik ada hal penting kalau tidak tak balik jugak, penat beb....sampai saat ni rasa nak tido, nak baring jek.
Okla...penat rasanya..nanti update lagi ngan gambar2 ek.....
So, bubye.......

Thursday, May 11, 2006

Port Dickson Punye Pasal.....

Perghhh..penat betul dalam minggu ni, banyak preparation nak buat and banyak nak pikir....PASAL APA?..apa lagi pasal trip ke Port Dickson laaa....macam2 masalah...pengangkutan laa....makanan la..bajet laa...tak pasal2 aku pulak kene menambah, ingatkan cukup duit dorang nih...huhuhu..takpela..bukan selalu pun..aku ni pulak jenis belum tengah bulan dah sengkek..huhuhu....kantoi..kantoi....

Lagi sehari je pun nak pegi, hehe..best wooooo..........jalan2 cari makan..hehehe...bawak satu family lagi tu....bebudak tu sure suka la..dapat jalan2..asik la nak pegi jalan...huhuhuh..........Apa pun harapnya enjoy kat sana and takutnya kene sunburn..huhuhuh.....................

Okla, dah nak balik ni, nak gi beli arang ngan jaring utk barbeque kat sana....k..ya......adios...

Tuesday, May 09, 2006

Jom jalan-jalan.............

Hmmm...as usual, mesti nak update blog punye.....weekends baru nih gi jalan2 kat JJ Melaka. Saja jalan2 ngan gaji dah masuk baru best...takdela window shopping memanjang....heheheh. Sebelum tu , macam biasa la hubby sibuk la cari kedai aksesori kereta, nak tengok kalau ada barang2 baru katanya...hmm..biarkan la dia..layan ajek. Lepas tu lepak kat JJ, bawak budak2 ni pegi main playground berbayar kat JJ tuh.....menangis2 ainna nak pegi main, aliff boleh control lagi, dah le org ramai...nak tak nak kene laa pegi jugak. HuHuHuHu......seronok betul dorang...sian pulak bila pikir...cam zalim jek..tapi kita kecik2 dulu mana la ada main2 gitu.....memang diorang yang bertuah....hehehe...maklumla..anak2 zaman sekarang.....

Lepas tu, seperti yang dijanjikan dengan Aliff, bawalah pegi makan kat KFC, ramai jugak la orang....maklumlah cuti hujung minggu kan......Aqim la yang paling best sekali, habis satu kotak kecil whipped potato tu dia makan, sedap agaknya, nak ubah selera la pulak..hehehe......kenyang dia......then sambung pulak makan roti tuh...huhuhuh..anak aku taste tinggi rupanya..hehehhe.....

Apa pun memang seronok kalau dapat bersama ngan family tercinta, hiburkan hati anak2.....sempat lagi belikan baju ainna kat reject shop..cantik betul....4 pasang terus borong....sebab ada sale kalau tak, berkira jugak nak beli tuh....hehehe.....

Dan, part paling syok, hujung minggu ni satu family pegi bersuka ria kat Port Dickson 2 hari 1 malam...yahuuuu..bestnya..leh mandi pantai......

Friday, May 05, 2006

Kesian kat Abang......

Hmmm.....sedihnya ari nih....kesian kat azhar......terpaksa jaga tiga2 budak kat umah..Macam mana la agaknya keadaan kat umah skang ni?..Risau la pulak. Dah la dia tak penah jaga tiga2 serentak..biasanya aliff ngan ainna jek. Kalau ada aqim macam renyah la pulak, mana taknya makcik yang jaga tetiba cakap nak gi kursus 3 hari 3 malam(ntah kursus apa ntah anjuran tpt keje laki dia) esok.

Bila dia cakap macam tuh, macam2 perasaan yang timbul...blur, bengang, marah, tension..semua la ada...yela kan last minute, mana sempat nak mintak cuti lagi apa lagi. Nasib baik Tuhan Maha Mengasihani, kebetulan azhar keje malam so boleh la. Dia pun meng'offer' diri nak jaga ari ni. Suh kita tak yah cuti. Okla tapi esok la amik cuti, tak sampai ati nak biar dia jaga sesorang.....huhuhuh....

So, dah siap plan pagi tadi bangun awal. Masak untuk sarapan..nasi goreng and siapkan sekali makan tengahari..nanti senang takyah la abang masak lagi.....baju semua dah basuh and jemur.....dah siap lipat...settle semua..perghhh..superwoman..hehehhe....Alhamdulillah, terurus jugak.......

Wednesday, May 03, 2006

Sian kat Aqim.............

Kesiannya kat aqim.....cuti baru ni memang tak kemana pun sebabnya aqim mulanya macam demam...panas badan dia..risau betul........then masa nak cium kat pipi kiri dia, melalak la macam orang kene pukul....musykil tak terkata betul....pandai pulak dia bila kita nak cium pipi kiri tu dia menolak badan dia ...tak bagi kita cium...then cuba pegang pipi pun tak nak...dah syak semacam dah...
Pastu tetiba ainna main telinga kiri dia..lagi la dia meraung sekuat hati sampai takde suara......aduhhh...panik sekejap.....then sah ni mesti telinga dia ada problem nih.......hmmm.....takkan la bersihkan telinga dia sampai luka..musykil jugak..then suspect maybe ada semut masuk gigit agaknya......tu yang bengkak jadik sakit kot....ayah dia terus letak minyak dalam telinga....ni dah nampak kurang sikit...boleh jugak nak pegang telinga dia.....
Hmmm......maka nya cuti ni hanya di rumah menjaga anak2.....ayahnya pulak keje...hmm..takpela...jadik surirumah sepenuh masa tapi bila pikir2 balik baik le gi keje..hehhe...penat woiii..duduk umah...hehehhehe