Cuba renungkan..................wahai para isteri.....
Setiap Pasangan Perlu Bersedia Memaafkan
Oleh Halina Mohd Noor
GRAF kebahagiaan dalam perkahwinan mengandaikan pasangan yang menggunakan kaedah menyelesaikan masalah dan mengalah, berjaya mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Oleh Halina Mohd Noor
GRAF kebahagiaan dalam perkahwinan mengandaikan pasangan yang menggunakan kaedah menyelesaikan masalah dan mengalah, berjaya mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Sebaliknya, pasangan yang sentiasa ingin menang dalam pertengkaran pula hanya berjaya memenuhi keperluan peribadi, manakala pasangan yang mengelak daripada menyelesaikan masalah pula langsung tidak mencapai keperluan sama ada dalam perhubungan mahupun peribadi.
Merujuk kepada kata bestari La Roche Focauld, ‘Pertelingkahan tidak akan berpanjangan jika hanya seorang saja yang silap’. Masalah hanya akan menemui jalan buntu dan berubah menjadi konflik sekiranya kedua suami isteri ego dan enggan mengalah dalam menyelesaikan masalah.
Perunding Psikologi dan Terapi Perkahwinan dan Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki, berkata sikap memaafkan kesilapan pasangan adalah sikap terpuji dalam menyelamatkan rumah tangga. Bagaimanapun, beliau berkata, tidak semua individu yang memaafkan mampu melupakan kesilapan yang pernah dilakukan pasangan apatah lagi kesilapan yang serius dan besar.
“Terdapat beberapa tahap dalam memaafkan. Tidak semua orang boleh memaafkan dan dalam masa sama melupakan apa yang dilakukan pasangan. Sesetengahnya pula boleh memaafkan tetapi tidak dapat melupakan kesilapan yang pernah dilakukan pasangan. Ini bergantung kepada sebesar mana kesilapan yang dilakukan dan sejauh mana ia boleh dilupakan,” katanya.
Dr Mat Saat menyampaikan ceramah berjudul Pengurusan Konflik Dalam Rumah Tangga di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.
Ceramah berkenaan adalah sebahagian daripada kursus bersiri Ilmu Kekeluargaan anjuran LPPKN. Selain beliau, penceramah yang turut dijemput termasuk Pegawai Penerangan Bahagian Pembangunan Keluarga, LPPKN, Hairil Fadzly Md Akir serta Pengarang Buku dan Penceramah Bebas, Rahmah Saad.
Dr Mat Saat berkata, jika seseorang mengambil jalan mudah seperti cuba mengelak masalah dengan tinggal berasingan amat tidak digalakkan tetapi langkah itu wajar dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menilai kembali perhubungan. “Adakalanya tinggal berasingan menjurus kepada perhubungan yang lebih baik apabila pasangan dapat menilai semula masalah yang dihadapi.
Mungkin ini jalan yang terbaik berbanding terpaksa berkelahi di depan anak-anak.
“Bagaimanapun, tinggal berasingan tidak sepatutnya lebih dari enam bulan kerana ia boleh meninggalkan kesan dari sudut lain terutama dari segi agama. Tempoh di antara tiga hingga enam bulan sudah cukup untuk pasangan membuat keputusan sama ada untuk kembali bersatu atau berpisah,” katanya.
Sementara itu, Hairil menasihatkan supaya pasangan saling bermaafan dan melupakan kesilapan lalu dengan membuang segala dendam yang ada di dalam hati. “Allahyarham Tan Sri P Ramlee ada mengatakan dalam lagunya, buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi. Kata-kata ini amat mendalam maknanya. Kalau kita dapat melupakan kesilapan orang lain, jiwa kita akan tenang dan rumah tangga yang dibina juga lebih bahagia,” katanya.
Oleh kerana memaafkan dan melupakan adalah satu proses yang bukan mudah, Hairil menasihatkan agar masalah segera diselesaikan agar tidak menjadi konflik dalam rumah tangga. Ini kerana rasa marah yang dilontarkan tetap akan meninggalkan kesan kepada pasangan walaupun kemaafan sudah diberikan.
“Komunikasi lembut (asertif) dan tidak mementingkan diri sendiri adalah cara terbaik bagi mewujudkan keharmonian. Jika timbul konflik, ceritakan situasi yang dihadapi anda tetapi bukan dalam bentuk yang mementingkan diri sendiri,” katanya.
FAKTA
~Rahsia Wanita~
- Wanita suka digoda.
- Wanita mengambil masa untuk dirangsang, bermula dengan otaknya dulu sebagai persediaan awal untuk menjalin hubungan intim.
- Wanita tidak suka diancam dengan kehadiran wanita lain.
- Wanita suka dihargai dan diberikan perhatian.
- Wanita gemar bercerita termasuk mengenai hal remeh temeh.
~Rahsia Lelaki~
- Hubungan intim amat penting bagi lelaki.
- Rasa bangga apabila dipuji seolah-seolah merasakan telah melakukan sesuatu yang hebat.
- Lelaki gemarkan isteri yang ada sifat kelakar.
- Lelaki suka menikmati sifat kewanitaan seorang isteri, jadi jangan terlalu kasar dengannya.
- Lelaki sukakan wanita yang cekap.
FAKTA
~Rahsia Wanita~
- Wanita suka digoda.
- Wanita mengambil masa untuk dirangsang, bermula dengan otaknya dulu sebagai persediaan awal untuk menjalin hubungan intim.
- Wanita tidak suka diancam dengan kehadiran wanita lain.
- Wanita suka dihargai dan diberikan perhatian.
- Wanita gemar bercerita termasuk mengenai hal remeh temeh.
~Rahsia Lelaki~
- Hubungan intim amat penting bagi lelaki.
- Rasa bangga apabila dipuji seolah-seolah merasakan telah melakukan sesuatu yang hebat.
- Lelaki gemarkan isteri yang ada sifat kelakar.
- Lelaki suka menikmati sifat kewanitaan seorang isteri, jadi jangan terlalu kasar dengannya.
- Lelaki sukakan wanita yang cekap.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home