My Life............sharing is caring!

Friday, November 25, 2005

Nasihat Azizi Ali.............siapa tu?

Azizi Ali merupakan seorang yang pakar dalam pengurusan kewangan di Malaysia. Beliau banyak menerbitkan buku yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Berikut merupakan nasihat yang diberikan oleh Azizi Ali tentang pengurusan kewangan individu:

Azizi Ali advises us first to concentrate on protection before doing any investment. Caranya ialah:

1. Sediakan safety net
-Satefy net yg dimaksudkan di sini ialah cash ataupun aset yg boleh ditukar kepada cash (senang cerita liquid lah) - ASB tu kira liquid lah sebab boleh ditukar kepada cash kalau kita withdraw.Anggaran safety net yg diperlukan.

Employee - 3 months.
Self-employed & Businessperson - 6 months.

As an employee kira ok lah simpan 3 bulan. Biasanya kita tak perlu risau pasal kita punya income tapi manalah tahu tiba2 kena pecat esok, kita boleh guna duit ni untuk sara hidup sementara nak cari kerja baru.Utk self-employee and businessperson ni diorang kena banyak sikit. Sebabnya kita tak tahu next few months boleh ada income ke tak. You know rezeki ni kan tak menentu, kadang2 nasib baik kadang2 tak.Duit simpan dalam safety net ni hukumnya harus digunakan sekiranya benar2 perlu sahaja seperti mahu repair kereta kerana terlibat dengan kemalangan dsb. Hukumnya haram digunakan utk benda2 yg tak perlu seperti melancong dan bersuka ria.

2. Insurance
Lepas dah sediakan safety net, kita perlu concentrate utk beli insurance. Tapi utk insurance ni, Azizi Ali cakap hanya utk org yg dah ada tanggungan. Let say kalau apa2 terjadi kat you satu hari nanti, saper nak bagi anak bini makan. Tapi kalau couple yg both bekerja dan tiada anak, I rasa tak perlu insurance lagi. Kalau your partner dies you probably can still move on with life with your own income. Sama jugalah for a single person, kita tak perlu tanggung siapa2 jadi tak perlu insurance. (Tapi bear in mind that you put yourself at risk of permenant disability)Berapakah nilai insurance yg diperlukan?

Ideally, anda perlu protect diri sendiri dengan jumlah perbelanjaan bulanan didarabkan dengan jumlah bulan sebelum bersara. So kalau perbelanjaan bulanan you RM2500 dan umur you 28, pengiraannya ialah:RM2500 X (55-28) X 12 = RM810,000Wow, banyak tu. So insure lah setakat mana yang mampu. Dan jgn beli anything other than term insurance however persuasive and convincing the agent is.

3. Savings
Perasan tak betapa pentingnya protection, sebab kita taruk dua items related to protection as our top priorities. Dah cukup protection you, baru you boleh consider savings. The rule of thumb is to save MINIMUM 10% of your gross salary (gross tau bukan net salary). Tapi as I read it in Personal Money, a single person can save up to 50% of their net salary. Make savings a habit. Lepas dapat gaji terus masuk dalam ASB. Kalau nak tunggu hujung bulan, maksudnya RM0 lah savings you utk bulan tu.

4. Investment
Lepas savings I ingat Azizi Ali cakap pasal investment. Tapi I dah tak ingat apa turutan dia - UT ke Property ke Stock Market ke. This one u kena baca buku dia yg AMAT BAGUS DAN HARUS DIMILIKI OLEH SEMUA ORANG - THE MILLIONAIRE IS FROM ANOTHER PLANET.

5. Never lend your money to anyone. <----Azizi Ali punya nasihat
Unless you want to jeopardize your relationship with that person. You see I pernah tolong sorang kawan I ni, dia kata takde duit. I pun kasihan dan bagi pinjam RM400 kat dia. But she never made any effort to repay back my loan, either in partial or full amount. I gave her several months to do so. Finally, I had to be firm with her to get back my money. I dapat balik duit I, tapi you tahu macamana dia boleh bayar hutang tu? Dia pinjam kawan dia punya duit. Some people think that they are smart and know how to solve their current problems but the fact is they just fail to see the bigger picture. Of course, after I got my money back I never talked to her anymore.

petikan dari mesra.net

PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Sebenarnya tiada panduan atau formula yang terbaik untuk kita ikuti dalam menguruskan kewangan sendiri, cuma disiplin yang ketat untuk memastikan kejayaan.Setiap individu mempunyai cara pengurusan yang tersendiri kerana apa yang mereka lakukan adalah dari didikan kedua ibubapa sejak dari kecil hinggalah ke alam persekolahan, alam perkerjaan dan seterusnya.

Disini saya cuba kongsikan contoh-contoh bagaimana nak lepaskan dari beban kewangan bila dah capai umur 40 atau 45 tahun.

Bujang
Bila mana kita mula bekerja kita mestilah ada perancangan untuk 1, 5, 10 atau 20 tahun.
1. Beli Insuran yang difikirkan perlu dan mengikut kesesuaian masing-masing.
2. Ketepikan 1/10 atau 2/10 untuk simpanan dalam bentuk kecairan tunai atau pun pelaburan.
3. Kalau ada lebihan dari pendapatan bulanan mulalah cari aset dalam bentuk hartanah.
4. Kiranya ada lagi lebihan gunakan untuk berkongsi niaga dengan orang tua atau saudara mara yang mempunyai ternakan.

Bila dah berumahtangga
Perkongsian pintar, kerana bermula dari hari pertama kita berumahtangga kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
1. Teruskan rancangan kewangan masa bujang agar kesinambungan.
2. Berbincang dengan pasangan dan buat penyusunan semula program kewangan anda.
3. Beli Insuran yang sesuai untuk pasangan kita mungkin ia tidak mempunyai lagi dan amat berguna dimasa kecemasan.
4. Gunakan wang dalam KWSP untuk membuat pelaburan unit trust bila dah layak. ( Berisiko rendah )

Suami + Isteri + Anak
1. Bila dapat anak buka akaun Tabung Haji dan BSN atas nama akaun bersama dan simpan setiap bulan RM 100 ( RM 50 ke setiap akaun ) atau set kan target RM 1000 untuk setiap anak setiap tahun. ( Simpanan dalam Tabung Haji dan BSN tidak dikenakan cukai pendapatan seperti simpanan yang lain. )
2. Beli Insuran pendidikan kerana dengan kita tak pasti dengan sistem pendidikan yang ada sekarang kadang kala mereka yang betul memerlukan wang untuk menyambung pelajaran kurang diberi perhatian dan kewujudan IPTS bak cendawan tumbuh lepas hujan. ( Insuran jenis ini dikecualikan dari cukai pendapatan )
3. Beli Insuran Hayat seawal kelahiran mereka dan bila mereka dah berumur 18 tahun boleh ditebus atau biarkan mereka saja yang meneruskan bayaran untuk seterusnya.
4. Kalau mampu beli Insuran kesihatan, kerana ada penyakit kritikal selalunya di hospital kerajaan amat lambat untuk mendapat rawatan. Tetapi Insuran ni jenis hangus apabila cukup setahun.
5. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut. Konsep satu anak satu rumah tu boleh tetapi bolehkah kita melaksanakannya? Terpulang pada individu.

Tips :
i) Bila anak dah habis belajar peringkat menengah dan ingin sambung belajar ke Universiti masa ni kita akan gunakan samada Insuran pendidikan, Tabung Haji atau BSN kiranya mereka tidak mendapat pinjaman ataupun biasiswa. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit itu kiranya mereka belajar hingga tahap menengah. Boleh juga digunakan untuk mereka apabila mereka nak mendirikan rumahtangga. ( Kenduri kendara )
ii) Setiap kali musim hariraya kanak-kanaklah yang paling gembira kerana dapat duit raya. Semaikan sifat jimat cermat semasa anak masih kecil. Simpan duit raya mereka dan tunjukan buku simpanan mereka kerana ia akan membakar semangat mereka untuk menabung dimasa akan datang.

Secebis petikan buku Rahsia Menuju Kekayaan nukilan Chef Li..

1) Simpan 1/10 untuk dilupakan.
2) Simpan 1/10 untuk lunaskan hutang.
3) Simpan 1/10 untuk Zakat/Kenduri/Sedekah.
4) Gunakan 2/10 untuk sekeluarga.
5) Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.
6) Berikan 1/10 untuk orang tua kita.
7) Laburkan 2/10 Untuk digandakan semula.
8) Laburkan 1/10 untuk perniagaan.

Tepuk dada tanya selera. Apa yang diberikan diatas adalah beberapa bentuk simpanan paling simple. Pokok pangkal kita berusaha keras dengan dan mendisiplinkan diri, Insyallah kalau umur 40 atau 45 tahun tiada lagi bebanan. Itu tak termasuk duit pencen / KWSP ataupun Insuran.

petikan dari mesra.net

Saturday, November 19, 2005

Mana Yang Korang Suka?

Mana satu menjadi pilihan korang ? Dua-dua pun sama MPV. Sesuai la untuk kita yang dah berkeluarga ni. Maklumlah dah ada 5 orang dalam family. Yang kat atas tu Toyota Avanza, harganya dalam RM62k++ and yang bawah ni pulak Suzuki APV, and harganya dalam RM58k++. So far inilah antara MPV termurah yang kita tahu la....tak tau la pulak kalau ada lagi murah(inipun info dari lokman..tq lock) Kancil yang ada tu mmg tak jual la...sayang..ada sentimental value. Tahun depan abihla bayar kancil tu. So, ingatnya nak tambahkan satu lagi aset la.Tu yang tgh berkira2 nak pilih yang mana satu nih. Sementara masih murah.

So, kengkawan apala sudinya bagi sedikit pendapat tentang pilihan ni. And kalau boleh suggestkan mana2 MPV lagi yang ok. TQ!....

p/s olin, kata nak tuko keta? Bila? Keta apa?.......

Thursday, November 17, 2005

K300i....


Wooiiiii...orang-orang kampung.......ni nak buat pengumuman ni....hehehehheheh....setelah sekian lama menantikan saat nak menukar handphone ...akhirnya tercapailah hasrat nak memiliki handphone yang agak canggih(canggih ke handphone ni?)..pada kita mungkin canggih laaaa........dah tercapai.......

Bukan apa itupun setelah handphone asal tu Nokia 3310 dah jatuh dalam toilet bowl( kih..kih..kih) oleh cik abang...barulah dapat merasa handphone kat sebelah ni...Cantik tak?..Tapi takleh lawan handphone canggih ngan mahal olin dengan amin...Dorang punye lagi hebat.....Apa pun syukur alhamdulillah..dapat jugak merasa handphone yang berkamera nih......awal2 tu macam org jakun asik menelek handphone jek.....gambar anak2 la jadik sasaran......

So, kak zarul ngan Ita ..bila lagi nak ikut jejak kita? Kamon bebeh.....yeehaaaaa........

Saya Budak Baru Belajar....................(tq kak zarul)

Ni la koleksi gambar anak dara ku....sebahagian je ni..ada banyak lagi..gambar masa kecik tu..suka bergambar la katakan.....actually, bukan apa.....barubelajar ngan kak zarul camner nak menyusun gambar kalau nak letak banyak2...rupa2nya macam ni la ye..so kak zarul, tq atas ilmu tu....kalau tak tau tanya lagi boleh?(mmuuaahhss untuk kak zarul)............







~ Nur Ainna binti Azhar ~

Inilah Babyku........



Hi there........inilah dia anak kesayangan yang ke-3..........

Dilahirkan tepat jam 2.20 pagi bersamaan 15 September 2005 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Alhamdulillah dilahirkan dalam keadaan normal tanpa sebarang masalah. Sihat dan sempurna semasa dilahirkan. Nasib baik masa kat labour room tak lama.

Pada 14 September pukul 2.30 petang dimasukkan ke dalam wad selepas kuar tanda, sakit2 tu ada terasa tapi tak sekuat selepas minum air selusuh yang dibuat oleh ayah bebudak ni.....tepat jam 11.30 malam selepas air itu diminum...kesakitan dah kuat terasa.....then inform kat doktor..bila doktor check..bukaan dah 5 cm....before masuk wad...baru 1 cm....suppose(pada yang tak tau)...kalau nak bersalin bukaan rahim mesti 10 cm........

Tepat 12.00 tengah malam, terus masuk labour room dan tunggu sampai bukaan 10 cm......Alhamdulillah lahirlah seorang putera LUQMAN NURHAQIM..ke dunia.......sekarang dah masuk 2 bulan makin pandai... kalau di agah memang dia layan........nama panggilannya AQIM......gambar kat sebelah di amik masa dalam pantang..itupun olin yang amik(tq olin)..kalau tak silap baru 8 hari bersalin......

IBU SAYANG ALIFF, AINNA DAN AQIM......

Tuesday, November 15, 2005

~SELAMAT HARI RAYA~

.....Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Sempena hari baik bulan baik ni, kami sekeluarga ingin mengucapkan
..SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN..
kepada semua yang mengenali diri kami sekeluarga dengan harapan mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata tersilap perbuatan dari hujung rambut sampai hujung kaki........
Moga Syawal yang mulia ini menjadi bulan yang terbaik untuk kalian semua.........
Insya Allah......OPEN HOUSE bakal mendatang..nantikan info terkini dari kami!!
~Salam Syawal Dari:~
Azhar, Rozainah, Muhammad Aliff, Nur Ainna dan baby Luqman Nurhaqim

I'm Back.....

Alhamdulillah..akhirnya dah berakhir jugak cuti dua bulan yang telah ku langsaikan....... Dah bertambah ahli dalam keluarga....dan ini jugak bermakna dah bertambah la tanggungjawab sebagai ibu..kalau dulu jaga dua ajek..now dah jadik tiga.....bila pikir2kan penat jugak jaga budak2 yang tgh kecik ni..bayangkan la Aliff...Ainna yang tengah lasak tuh...bukan boleh duk diam..asik bising jek..sampai susah Aqim nak tido....sian pulak baby aku tuh...takpelah Aqim.....itulah abang ngan kakak Aqim pun...

Hari ni pun baru jek naik keje...rasanya macam masuk keje tempat baru pulak.......sampai tak lena tido malam tadik...kelakar jek......kat opis ni pun teringatkan baby Aqim.....camner la dia...boleh ke duk rumah orang tu.......takpela...harap2 boleh la tuh

Yang paling sedih hari ni, dah la baru naik keje, ayah bebudak ni pulak kene gi kursus kat melaka 3 hari.....uuuwwwaaaaaa..sedey betul!!!!!!....kene tinggal la pulak.......tapi apa nak buat.....terpaksa la...tido ngan bebudak tu ajek........hehhehe.......