My Life............sharing is caring!

Thursday, November 17, 2005

Inilah Babyku........



Hi there........inilah dia anak kesayangan yang ke-3..........

Dilahirkan tepat jam 2.20 pagi bersamaan 15 September 2005 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Alhamdulillah dilahirkan dalam keadaan normal tanpa sebarang masalah. Sihat dan sempurna semasa dilahirkan. Nasib baik masa kat labour room tak lama.

Pada 14 September pukul 2.30 petang dimasukkan ke dalam wad selepas kuar tanda, sakit2 tu ada terasa tapi tak sekuat selepas minum air selusuh yang dibuat oleh ayah bebudak ni.....tepat jam 11.30 malam selepas air itu diminum...kesakitan dah kuat terasa.....then inform kat doktor..bila doktor check..bukaan dah 5 cm....before masuk wad...baru 1 cm....suppose(pada yang tak tau)...kalau nak bersalin bukaan rahim mesti 10 cm........

Tepat 12.00 tengah malam, terus masuk labour room dan tunggu sampai bukaan 10 cm......Alhamdulillah lahirlah seorang putera LUQMAN NURHAQIM..ke dunia.......sekarang dah masuk 2 bulan makin pandai... kalau di agah memang dia layan........nama panggilannya AQIM......gambar kat sebelah di amik masa dalam pantang..itupun olin yang amik(tq olin)..kalau tak silap baru 8 hari bersalin......

IBU SAYANG ALIFF, AINNA DAN AQIM......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home