My Life............sharing is caring!

Thursday, August 23, 2018

Simpanan Mencecah RM111k?! Bagaimana?

Simpanan Mencecah RM111k?! Bagaimana?

SIMPANAN MENCECAH RM111K
1. Tips ini sesuai untuk fresh graduate yang baru bekerja atau korang yang baru nak mula. Ilustrasi ini di buat untuk korang belajar basic step untuk korang mula atur kewangan di awal pekerjaan
2. Permulaan bekerja. Lakarkan gaji bersih korang di atas kertas beserta komitmen bulanan korang. Setelah menolak kesemua komitmen korang, pastikan ada simpanan sekurang-kurangnya 10%-30% dari gaji korang. Basic kiraan matematik ini, korang mesti power nak kira kan.
3. Dari simpanan 10%-30% dari gaji korang, bahagikan kepada dua bahagian atau lebih. Contoh sebulan boleh simpan RM600. Separuh dari simpanan korang mula buat force saving dengan apply ASB Financing bernilai RM55K. Separuh simpanan lagi simpan biasa sebagai simpanan kecemasan di dalam Buku ASB atau TH
4. Saya akan tunjukkan berapa hasil yang akan korang terima dalam tempoh 3 tahun, 5 tahun serta 10 tahun. Cara ini perlukan disiplin yang tinggi tanpa bawa keluar duit dividen. Saya ringkaskan kiraan ini mengikut kadar purata dividen tahunan 6.75%.
Pembiayaan ASB Financing + simpanan biasa
Dalam masa 3 tahun : RM 14,382 + RM11,963 = RM26,345 ✔️
Dalam masa 5 tahun : RM 25,596 + RM21,345 = RM 46,941✔️
Dalam masa 10 tahun : RM 60,686 + RM 50,935 = RM 111,621 ✔️
5. Jangan cipta hutang jahat yang mempunyai komitmen hingga melebihi setengah dari gaji bersih korang
6. Jangan apply personal loan tanpa sebab muhasabah. Biarpun loan korang boleh approved ia bukan lah satu kebanggaan atau jalan pintas untuk korang habis kan buat shopping dan travel sakan
7. Kurangkan entertainment dan lebihkan simpanan pada waktu ni. Saya faham perasaan korang yang lihat kawan korang selalu pergi travel obersea tapi korang hanya mampu lihat di IG. Geram tengok kawan selalu melepak dan makan sedap-sedap, tapi korang hanya memasak dirumah dan makan apa yang ada dalam peti ais tu. Kawan korang selalu shopping baju baru sampai tak muat satu almari, korang hanya mampu perhati. Wait and see hasil pengorbanan ini.
8. Beli kenderaan terpakai/ kereta kecil sebagai kegunaan ke tempat kerja. Brochure kereta idaman kita tampal dalam bilik dahulu. Cakap dalam hati, kau tunggu tiba masa nanti aku akan drive kereta ni dengan bergaya dan poket lebih kaya
9. Orang yang berjaya akan cari jalan bagaimana nak penuh kan column pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Biar income lain bayarkan komitmen kita, dan duit gaji kita gunakan sepenuhnya untuk reward diri atau cari lagi peluang baru.
10. Bila masa nak enjoy ini, asyik suruh simpan je ?
– Bila korang pandai kata TIDAK pada skim cepat kaya, skim kawan melepak kedai hipster, skim beli gadget latest lebih bergaya . Semua ini godaan sementara . Tarik nafas panjang dan hembus pada member tu supaya dia pergi jauh-jauh. Ada misi besar perlu di laksanakan 😎
LIKE & SHARE dengan kawan-kawan tips ini. Korang berkongsi perkara baik, dan bila kawan-kawan korang baca dan dapat manfaat sama, mungkin korang lah insan terpilih Tuhan jadi kan sebagai perantaraan.
Semoga bermanfaat

Kredit to Syafieah A'lya
https://celikhartanah.com/simpanan-mencecah-rm111k-bagaimana/

Labels:

Wanita Kena Rahsiakan Status Kewangan Dari Suami Yang Jenis Macam…

Wanita Kena Rahsiakan Status Kewangan Dari Suami Yang Jenis Macam…

Rahsiakan Status Kewangan Daripada Suami!
Zaman sekarang, kaum wanita lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Tambah-tambah, lagi kaum wanita sekarang kebanyakannya sudah mempunyai pendapatan sendiri.
Soal urusan pengurusan kewangan bukan semua orang berminat nak ambil tahu. Apa yang mereka tahu, kerja, dapat gaji. berbelanja. Itu sahaja.
Kaum wanita kena lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa menanggung beban hutang ataupun menjadi penjamin pasangan nanti.
Bahaya kaum wanita / isteri dedahkan kewangan kepada calon suami/ tunang/ yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Si dia yang selalu modified kereta. Tayar ubah terkeluar lah, tambah spoiler tinggi supaya kereta boleh laju la dan macam-macam lagi.
2. Si dia yang tidak suka menyimpan. Nak menyimpan seringgit pun malas apatah lagi nak menyimpan 10% daripada gaji.
3. Si dia yang malu nak beritahu gaji dia dan segala hutang yang dia ada. Senang kata dia suka berahsia.
4. Si dia yang malas nak angkat panggilan daripada pihak bank. Ataupun terus sawan kalau nampak nombor bank naik.
5. Si dia yang selalu beli barang berjenama, DSLR, Go Pro, iPhone dan gajet canggih dengan cara berhutang. Duk bayar ansuran bulanan.
6. Si dia yang gilakan motosikal besar, kereta import mewah. Mereka kata itulah aset terpenting mereka.
7. Si dia yang tak tahu aliran wang keluar, perbelanjaan bulanan dan boros dalam berbelanja.
8. Si dia yang selalu duk maki-maki kerajaan, duk sembang pasal kos sara hidup, padahal berbelanja serupa setan. Beli barang nak yang berjenama je. Makan tempat hispter je.
9. Si dia yang selalu puji kau cantik, duk mesej “I Love You” je memanjang. Bila dah tengah bulan, kau la yang duk belanja dia je.
10. Si dia yang makan megi, roti, biskut dan kata takde duit bila gaji lambat masuk.
11. Si dia akan cepat marah bila kau tanya simpanan dia dah berapa, nak beli rumah bila dan apa dia punya perancangan kewangan.
12. Si dia yang tak boleh belikan kau hadiah sempena hari jadi kau ataupun hari ulang tahun perkahwinan. Kalau tak beli hadiah pun tak apa lah, ini tak wish pun. Mungkin dia duk fikir macam mana nak bayar hutang je.
13. Si dia yang nak pinjam duit kau, janji nak bayar lepas gaji. Kalau sekali sekala takpe. Ini setiap bulan. Lepastu buat-buat lupa.
14. Si dia yang jenis berkira. Selalu berprasangka buruk kepada mereka yang datang minta sedekah. “Ini mesti sindiket minta bantuan bina tahfiz, entah-entah duit tu pengetua dia guna untuk kahwin lagi”.
15. Si dia yang ada kad kredit sampai tiga empat. Padahal hutang tertunggak. Bayar separuh hutang je mampu. Surat bank datang pun tak nak buka dah. Terus buang dalam tong sampah.
16. Si dia duk kata rugi je buat perlindungan takaful ni. Bayar bukannya guna pun. Ejen sedap duk makan komisen je.
17. Si dia yang terlalu taksub mengikut arus perdana masa kini. IPhone X keluar terus nak beli. Buat pinjamin peribadi pun tak jadi masalah. Kereta asyik tukar baru, nak pakai yang import je.
18. Si dia yang selalu duk tanya bila nak gaji. Menggigil bila tahu bulan depan gaji lambat masuk.
19. Si dia malas nak membaca tentang pengurusan kewangan, panduan urus gaji dan semua yang berkaitan kewangan.
20. Si dia yang merokok. Rokok sekarang mahal. Ramai perokok kurang ada simpanan. Eh, betul ke? Kah!
Kesimpulannya…
Kalau korang dah nampak ciri-ciri di atas ada dekat pasangan korang, korang boleh la mendidik, ajar pasangan korang. Jangan biarkan dia terus dibuai mimpi. Tak salah pun isteri mendidik suami. Tak semua suami bijak menguruskan kewangan.
Kalau bakal suami/suami korang bergaji kecil tak apa. Mungkin dia rajin berkerja, ada pendapatan sampingan dan berjimat cermat. Kah!
KREDIT TO AMIR SYAHIR 
https://celikhartanah.com/wanita-kena-rahsiakan-status-kewangan-dari-suami-yang-jenis-macam/

Labels:

Thursday, December 22, 2011

Akhirnya....

Ya Allah....dah lama betul blog ni tak di 'update' dekat 2 tahun tu...ni dah nak masuk 2012.....macam2 hal telah berlaku...perubahan ke arah kebaikan...dugaan hidup, masalah.....huhhhh......Allah begitu menyayangi aku dan family, dilimpahkan dgn dugaan kemudian rezeki yang banyak...syukur sangat...Aku redha ngan apa yang berlaku terutama sekali masa kejadian kemalangan yang menimpa suamiku pada 14/11/2009.....akan ku ingat tarikh ini sampai bila2, dah ketentuan Ilahi..pasrah dan redha...insya Allah , ada yang terbaik menanti...kene yakin tuh....
ok la...ada keje sket nak buat ni...banyak pulak rasanya..dok ngadap blog ni satu ari mmg tak cukup....esok2 nanti hapdet lagi ok..lepas ni kene rajin hapdet..daaa......

Friday, January 29, 2010

Hai All....

Assalamualaikum semua.... Dah lama rasanya tak update blog ni since september tahun lepas. So many things happened lately, sukar utk diceritakan. Tak cukup tangan pulak nanti nak menaip sebab bila idea dah mencurah nanti penat jari jemari ku ini, hehehehe. Tahun lepas meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis tak boleh aku lupakan. Yang paling obvious bila hubby ditimpa kecelakaan dalam kemalangan jalan raya. Fuhhhh, dugaan paling besar setakat ni dalam hidup aku and family. Aku belajar dari apa yang berlaku. Indirectly, dah mengubah hidup dan cara hidup aku skang. Banyak benda yang aku nak buat tertangguh tp takpe sebab maybe ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku percaya Qada' dan Qadar yang Allah dah tetapkan. Tahun baru ni pun bermula dengan langkah biasa aje. Biasanya setiap awal tahun aku akan pasang azam...siap tulis tuh tp tahun ni azam tu aku sematkan and simpan dalam diri aku aje.

Thursday, September 24, 2009

Ainna, Happy Birthday

Happy Birthday to u sayang!...
Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik buat Ainna...
We love u so much!

Tuesday, September 22, 2009

Aktiviti raya ke 3

Raya ketiga dah terasa bosan lak. Nak beraya umah org cam awal lagi. So pepagi buta dah kerah bebudak bangun sebab kakak ipar punye idea ajak pegi mandi manda kat Gunung Lambak Resort nih...
Aku yang dah lama dok lalu lalang sini pun tak penah pegi. Baru ini la dapat tgk tptnya..huhu. Tapi best gak la tpt nya . Nampak selamat, air pun tak dalam..Yang lelain ok jek dalam air except aqim yang kene dokong and pegang sebab kalau dibiarkan mmg tenggelam la dia. Ni antara beberapa pic yg sempat aku snap...:


Ayah ngan anak2...


Aliff break makan kepek raya.....

Apa la yang Aqim bercerita ngan cousin dia tuh, Athirah..

Aqim posing atas swan ni.

Suka betul si Aliff main dalam air ni....


Ainna with her 'peace'.


Hehehe..still ngan peace....


Akak (peace lagi) ngan adik(otromen la..apa lagi).

Tak sempat nak mandi satu ari sebab dalam kol 2 jek ujan lebat turun, apa lagi kelam kabut semua naik.....tapi bagus gak ujan turun. Sebab kalau idak semua taknak balik....Hehe.









Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday Aqim....



Happpy 4th birthday to
LUQMAN NURHAQIM ......
Be a good person ok. Ibu, ayah, abang and akak akan sentiasa sayang aqim.....

Thursday, September 10, 2009

Insaf!!

Aku Sedih! Aku Menangis! Aku Terharu! Aku Insaf!

Ni aje yg aku boleh gambarkan bila tgk orang yang susah dapat pemberian dari insan yang berhati mulia untuk bersedekah. Mesti korang pelik kan. Agaknya apa yang si zai ni bebelkan. Kisahnya gini:.......

Hubby aku telah diamanahkan oleh hamba Allah yang boleh dkategorikan kaya untuk buat sumbangan pada patient psikiatrik nih. Hubby dapat dalam RM500 utk diagih pada patient yang susah. Hubby pun bagitau pada aku bende ni....Alhamdulillah aku kata. Moga murah rezeki hamba Allah tuh. Then aku suggest pd hubby jgn bagi duit semuanya pada patient. Sebab hubby penah citer, ada kes patient dapat duit dari kebajikan masyarakat tp duit tu adik beradik lain guna utk kepentingan dorang. Sabo jek aku dengar. Dosa amik duit org kan. Aku bgtau hubby suh beli barang keperluan cam beras, gula, tepung, susu ke then baru kita bagi kat patient. Kalau duit ada lebih baru kita bagi. Hubby setuju and lepas tu kitaorg anak beranak gi la shopping beli barang2 kat giant and kedai runcit biasa.

Sabtu: And bermulalah misi mengagihkan barang2 tuh. Aku ngan anak2 siap tolong hubby anta sekali. Baru aku tau umah patient mana yang hubby biasa pegi, jauh gak. Yang paling sayu tu, aku tgk daif betul tpt tinggal dorang. Tiba2 aku jadi sayu sangat. Ada sorang makcik tuh dia kene jaga dua abang dia yang ada masalah mental nih. Bila kitaorg anta brg, dia menangis. Bila aku salam, dia peluk aku and dia nangis. Aku ni pulak pantang tgk org nangis, aku cuba tahan untuk calm down makcik tuh. Yela kan, kalau aku nangis kan dah jadik drama swasta plak kat situ. Huhuhu.
At last berjaya gak aku tak melalak kat situ tp apa pun menitis gak la air mata ni tgk. Kesian sangat tau tak. Baru aku dapat rasa kesusahan dan kepayahan makcik tuh. Tabah sungguh dia. Dah la hidup dia macam tu kais pagi makan pagi (keje dia cuci pinggan mangkuk kedai makan je tau), pastu kene plak jaga dua abang dia yang sakit. Dia ada gak kata..masyarakat sekeliling pun pulaukan dorang especially abang2 dia tuh. Bila abang dia nak solat tarawih kat surau yang depan umah dia tuh, org kat situ halau abang dia. Patut ke macam tu?... Itu ke orang Islam yang terkenal ngan budi baik pekerti?!!!!!! Tak paham betul aku dgn masyarakat mcm ni. Yelah, bende camni tak kene kat dorang boleh laa.. Sakit ati betul aku dgr camtuh.

Anak2 aku yg tgk pun macam paham je akan kesusahan makcik tuh. Siap cakap ' Siannya kat nenek tu kan ibu'. Aku hanya boleh angguk ajek. Tak tertahan sayu nak bercakap, mengiyakan apa yang anak aku cakap tadi. Dalam keta pun, kitaorg semua terdiam. Agaknya kejadian yang berlaku tadik still menghantui masing2. Budak2 ni biasa dalam keta bising and tak reti duduk diam, boleh plak senyap sunyi. Memasing berfikir agaknya.

Esoknya, Ahad.....bersambung lagi misi menyampaikan amanah orang ni. Sama gak macam semalamnya, daif keluarga nih. Ibu yang tua jaga anak yang ada masalah psikiatrik, tp anak ni jenis anak yang baik. Tau jugak nak cari kije untuk sara idup. Masa kitaorg gi umah dia tuh pun dah uzur makcik tuh, bergenang gak air mata ni tgk. Anak2 aku berebut nak tolong bagi barang. Aliff siap cakap' Ibu, kalau kita bagi sedekah kat org miskin nanti dapat pahala kan. Allah sayang kan ibu?'. Aku jawab ye aje.

Hanya insaf yang boleh digambarkan dalam kepala otak aku ni. Selama ni org macam kita nak beli apa pun senang. Bukan la maksud kita ni kaya tp sekurang2nya apa yang nak beli tuh boleh la dapat walaupun kdg2 tu kene ikat perut....huhuhuh.

Aku harap apa yang berlaku ni boleh jadi pengajaran dan ingatan buat aku khususnya dan pembaca amnya.

Perubahan Yang Dicapai!

Salam and selamat berpuasa buat semua, tinggal kurang dari 10 ari nak raya kan. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan bulan puasa nih. Ntah kenapa baru aku rasa macam sayu nak tinggalkan Ramadhan kali ini sebab banyak bende menampakkan progress aku. Heheheh.....

Antaranya yang aku boleh kongsi ialah part memasak. Bulan puasa ni tiap2 ari aku masak. Tak penah beli pun kat PARAM (panggilan manja opismate aku untuk pasar ramadhan..heheheh) Mmg rasa best sangat sebab kalau ari2 biasa pun lom tentu tiap2 ari aku memasak kat umah. Kalau balik kije penat sket mmg makan luar laa, tp idak le selalu. Nanti laki aku suka air tangan org lain plak. Kan ke kes naya. Ye la macam org kata kalau nak pikat suami kan kene dari air tangan bini. Yang best tuh, banyak dah aku improve bila dah selalu masak ni. Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Aku terharu bila time buka puasa, semua makan sekali termasuk anak2 yang kecik...sonok tau sebab anak2 aku ni susah nak makan. So, bulan puasa ni lebih mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan tuh...cewaaahhh...aminnn.......

Bulan pose ni gak ajar aku jadi seorang ibu yang sangat penyabar, lembut hati dan semua ciri2 ibu yang baik laa...huhuh.....Bukan apa bulan2 pose nih maleh nak marah2, jerit2 kat anak2 tuh. Kalau ari biasa aku mmg jadik tarzan kat umah, tak sah kalau tak berbunyi. Abih kalau abang nyakat adik, adik nyakat kakak, nak wat camner? Takkan nak diam, boleh naik darah aku dengar sana melalak sini melalak...huhuhu...stress..stress....tp Alhamdulillah, Ramadhan ni aku dah berubah sket la. Nak ubah jadik pompuan melayu terakhir maybe tak la kot...At least sikap baran dan tak sabar tu aku dah berjaya kurangkan. Syukur......

Pada aku, hidup ni amat singkat. Dunia ni hanya sementara ajek, yang kekal di 'SANA' kelak. So marilah kita ubah diri kita ke arah kebaikan. Aku belajar ni dari peristiwa yang baru aku alami minggu lepas. Nak tau citer...next posting ok.