Thursday, September 24, 2009
Happy Birthday to u sayang!...
Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik buat Ainna...
We love u so much!
Tuesday, September 22, 2009
Aktiviti raya ke 3
Raya ketiga dah terasa bosan lak. Nak beraya umah org cam awal lagi. So pepagi buta dah kerah bebudak bangun sebab kakak ipar punye idea ajak pegi mandi manda kat Gunung Lambak Resort nih...
Aku yang dah lama dok lalu lalang sini pun tak penah pegi. Baru ini la dapat tgk tptnya..huhu. Tapi best gak la tpt nya . Nampak selamat, air pun tak dalam..Yang lelain ok jek dalam air except aqim yang kene dokong and pegang sebab kalau dibiarkan mmg tenggelam la dia. Ni antara beberapa pic yg sempat aku snap...:
Ayah ngan anak2...
Aliff break makan kepek raya.....
Apa la yang Aqim bercerita ngan cousin dia tuh, Athirah..
Aqim posing atas swan ni.
Suka betul si Aliff main dalam air ni....
Ainna with her 'peace'.
Akak (peace lagi) ngan adik(otromen la..apa lagi).
Tak sempat nak mandi satu ari sebab dalam kol 2 jek ujan lebat turun, apa lagi kelam kabut semua naik.....tapi bagus gak ujan turun. Sebab kalau idak semua taknak balik....Hehe.
Tuesday, September 15, 2009
Thursday, September 10, 2009
Insaf!!
Aku Sedih! Aku Menangis! Aku Terharu! Aku Insaf!
Ni aje yg aku boleh gambarkan bila tgk orang yang susah dapat pemberian dari insan yang berhati mulia untuk bersedekah. Mesti korang pelik kan. Agaknya apa yang si zai ni bebelkan. Kisahnya gini:.......
Hubby aku telah diamanahkan oleh hamba Allah yang boleh dkategorikan kaya untuk buat sumbangan pada patient psikiatrik nih. Hubby dapat dalam RM500 utk diagih pada patient yang susah. Hubby pun bagitau pada aku bende ni....Alhamdulillah aku kata. Moga murah rezeki hamba Allah tuh. Then aku suggest pd hubby jgn bagi duit semuanya pada patient. Sebab hubby penah citer, ada kes patient dapat duit dari kebajikan masyarakat tp duit tu adik beradik lain guna utk kepentingan dorang. Sabo jek aku dengar. Dosa amik duit org kan. Aku bgtau hubby suh beli barang keperluan cam beras, gula, tepung, susu ke then baru kita bagi kat patient. Kalau duit ada lebih baru kita bagi. Hubby setuju and lepas tu kitaorg anak beranak gi la shopping beli barang2 kat giant and kedai runcit biasa.
Sabtu: And bermulalah misi mengagihkan barang2 tuh. Aku ngan anak2 siap tolong hubby anta sekali. Baru aku tau umah patient mana yang hubby biasa pegi, jauh gak. Yang paling sayu tu, aku tgk daif betul tpt tinggal dorang. Tiba2 aku jadi sayu sangat. Ada sorang makcik tuh dia kene jaga dua abang dia yang ada masalah mental nih. Bila kitaorg anta brg, dia menangis. Bila aku salam, dia peluk aku and dia nangis. Aku ni pulak pantang tgk org nangis, aku cuba tahan untuk calm down makcik tuh. Yela kan, kalau aku nangis kan dah jadik drama swasta plak kat situ. Huhuhu.
At last berjaya gak aku tak melalak kat situ tp apa pun menitis gak la air mata ni tgk. Kesian sangat tau tak. Baru aku dapat rasa kesusahan dan kepayahan makcik tuh. Tabah sungguh dia. Dah la hidup dia macam tu kais pagi makan pagi (keje dia cuci pinggan mangkuk kedai makan je tau), pastu kene plak jaga dua abang dia yang sakit. Dia ada gak kata..masyarakat sekeliling pun pulaukan dorang especially abang2 dia tuh. Bila abang dia nak solat tarawih kat surau yang depan umah dia tuh, org kat situ halau abang dia. Patut ke macam tu?... Itu ke orang Islam yang terkenal ngan budi baik pekerti?!!!!!! Tak paham betul aku dgn masyarakat mcm ni. Yelah, bende camni tak kene kat dorang boleh laa.. Sakit ati betul aku dgr camtuh.
Anak2 aku yg tgk pun macam paham je akan kesusahan makcik tuh. Siap cakap ' Siannya kat nenek tu kan ibu'. Aku hanya boleh angguk ajek. Tak tertahan sayu nak bercakap, mengiyakan apa yang anak aku cakap tadi. Dalam keta pun, kitaorg semua terdiam. Agaknya kejadian yang berlaku tadik still menghantui masing2. Budak2 ni biasa dalam keta bising and tak reti duduk diam, boleh plak senyap sunyi. Memasing berfikir agaknya.
Esoknya, Ahad.....bersambung lagi misi menyampaikan amanah orang ni. Sama gak macam semalamnya, daif keluarga nih. Ibu yang tua jaga anak yang ada masalah psikiatrik, tp anak ni jenis anak yang baik. Tau jugak nak cari kije untuk sara idup. Masa kitaorg gi umah dia tuh pun dah uzur makcik tuh, bergenang gak air mata ni tgk. Anak2 aku berebut nak tolong bagi barang. Aliff siap cakap' Ibu, kalau kita bagi sedekah kat org miskin nanti dapat pahala kan. Allah sayang kan ibu?'. Aku jawab ye aje.
Hanya insaf yang boleh digambarkan dalam kepala otak aku ni. Selama ni org macam kita nak beli apa pun senang. Bukan la maksud kita ni kaya tp sekurang2nya apa yang nak beli tuh boleh la dapat walaupun kdg2 tu kene ikat perut....huhuhuh.
Aku harap apa yang berlaku ni boleh jadi pengajaran dan ingatan buat aku khususnya dan pembaca amnya.
Perubahan Yang Dicapai!
Salam and selamat berpuasa buat semua, tinggal kurang dari 10 ari nak raya kan. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan bulan puasa nih. Ntah kenapa baru aku rasa macam sayu nak tinggalkan Ramadhan kali ini sebab banyak bende menampakkan progress aku. Heheheh.....
Antaranya yang aku boleh kongsi ialah part memasak. Bulan puasa ni tiap2 ari aku masak. Tak penah beli pun kat PARAM (panggilan manja opismate aku untuk pasar ramadhan..heheheh) Mmg rasa best sangat sebab kalau ari2 biasa pun lom tentu tiap2 ari aku memasak kat umah. Kalau balik kije penat sket mmg makan luar laa, tp idak le selalu. Nanti laki aku suka air tangan org lain plak. Kan ke kes naya. Ye la macam org kata kalau nak pikat suami kan kene dari air tangan bini. Yang best tuh, banyak dah aku improve bila dah selalu masak ni. Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Aku terharu bila time buka puasa, semua makan sekali termasuk anak2 yang kecik...sonok tau sebab anak2 aku ni susah nak makan. So, bulan puasa ni lebih mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan tuh...cewaaahhh...aminnn.......
Bulan pose ni gak ajar aku jadi seorang ibu yang sangat penyabar, lembut hati dan semua ciri2 ibu yang baik laa...huhuh.....Bukan apa bulan2 pose nih maleh nak marah2, jerit2 kat anak2 tuh. Kalau ari biasa aku mmg jadik tarzan kat umah, tak sah kalau tak berbunyi. Abih kalau abang nyakat adik, adik nyakat kakak, nak wat camner? Takkan nak diam, boleh naik darah aku dengar sana melalak sini melalak...huhuhu...stress..stress....tp Alhamdulillah, Ramadhan ni aku dah berubah sket la. Nak ubah jadik pompuan melayu terakhir maybe tak la kot...At least sikap baran dan tak sabar tu aku dah berjaya kurangkan. Syukur......
Pada aku, hidup ni amat singkat. Dunia ni hanya sementara ajek, yang kekal di 'SANA' kelak. So marilah kita ubah diri kita ke arah kebaikan. Aku belajar ni dari peristiwa yang baru aku alami minggu lepas. Nak tau citer...next posting ok.

Wednesday, September 09, 2009
090909.....
Happy 8th Anniversary to me and my hubby.
Semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhir hayat.......Aminnn!!!!
Semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhir hayat.......Aminnn!!!!