My Life............sharing is caring!

Saturday, November 25, 2006

Ada apa dengan 15?


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah - cinta dunia - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) - panjang angan-angan - rakus - bakhil - suka pada pujian - riak - ujub (merasa kagum) - takut dan gelisah - buruk sangka - memandang rendah pada orang lain - merasa suka pada dosa - merasa aman daripada pembalasan "ALLAH" - putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik) - Banyakkan bezikir - Banyakan Beristigfar - Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" - Jangan tidur berseorangan - Baca doa pagi dan petang - Bersugi - Melaksanakan solat jemaah - Berwudhuk sebelum tidur - Menutup aurat - Membaca doa masuk tandas. - Banyak berselawat pada hati - Bertaubat, beristighfar - Banyakan baca Al-Quran - Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih - Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah - Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat) - Penghuninya jujur dan memenuhi janji - Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) - Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra) - Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
*taken from virtualfriends.net

Friday, November 24, 2006

Petua Mencuci Hati....

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Istighfar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.


*taken from virtualfriends.net

Wednesday, November 22, 2006

WOMEN... aren't they just the greatest?.....

WOMEN have strengths that amaze men.
They carry children, they carry hardships, they carry burdens,
but they hold happiness, love and joy.

They smile when they want to scream.
They sing when they want to cry.
They cry when they are happy and laugh when they are nervous.

WOMEN wait by the phone for "safes at home call" from a friend or relative after a snowy drive home.

WOMEN have special qualities about them.
They volunteer for good causes.
They are pink ladies in hospitals, they bring food to shut ins.
They are childcare workers, executives, attorneys, stay-at-home moms, biker babes and your neighbors.
They wear suits, jeans, and they wear uniforms.
They fight for what they believe in.
They stand up for injustice.
They are in the front row at PTA meetings.
They vote for the person that will do the best job for family issues.

WOMEN walk and talk the extra mile to get their children in the right schools and for getting their family the right health care.
They write to the editor, their congressmen and to the "powers that be" for things that make for a better life.
They don't take "no" for an answer when they believe there is a better solution.

To all womens out there with these qualities.......BRAVO!!

*taken from CARI FORUM......

Tuesday, November 21, 2006

Tak Sihat Laa......

Hari ni rasanya suasana cam suram ajek...badan pun macam sakit2..pinggang sakit......kepala pun pening2.......tekak ni pun asa cam ada bende jek yang melekat......tak larat..tapi kelas punye pasal terpaksa laratkan..nak amik MC mmg mintak mahap laa...Bukannya taknak tapi ari ni kelas berderet seyyy....bila masa nak gantinya..bercinta la nak menggantinya.......

Kalau dulu tak kene now dah rules baru ni, macam2 tu, kalau tak login kelas kene potong RM100...banyak tuh..macam2 leh beli......aduiii..sabar jek laaa......tapi nasib baik bebudak nak peksa ni so suh depa buat revision ngan soalan past sem aje laaa. Ada 3 kelas ; sume bagi soalan ajek.

Faktor cuaca mungkin jugak mendorong pada kurang sihat ni agaknya, mana taknya pagi panas, petang pulak lebat siap ngan guruh kilat tuh....Alhamdulillah syukur...kalau nak dibandingkan negara lain yang bermacam2 dugaan Allah bagi.....kita kat sini patut bersyukur, ni baru sikit kan. Apala asik mengomel jek kejadian Tuhan...rasa berdosa la plak..hehehheheh....

Yang penting, jaga kesihatan, banyakkan minum air masak. Cukupkan rehat [tapi kalau dah ngadap hero ngan heroin kat umah tu ..c.amne plak?...hehhe..takpe anggapla hiburan semata2..cam tgk TV la kan...huhuhu]

Harapnya kesihatan ni tak teruk.....nak gi jalan2 kalau sakit kan tak best......:D

Tuesday, November 14, 2006

Senangnya Dalam Hati..............

Fullamaak.....ari ni hatiku tersangatlah gumbiranya........nak tau sebab apa?...hehhehe..jeng..jeng..jeng......

setelah menanti selama setahun akhirnya berjaya jugak aku menyarungkan semula jeans lamaku semasa anak dara dulu..huhuhu...........tergezut gak pagi tadi lepas mandi....mula2nya dok terpk nak pakai baju apa la ek..sebab hubby nak ajak gi sarapan kat luar..so terbelek2 baju dalam lemari tuh..tetiba tertenung jeans lama yang hubby belikan masa dolu2..hehehheh...cowdroy levi's warna coklat......nampak cam menarik nak dicuba..maka tangan gatal ni mula la merayap kat seluar tu dan terus mencapai dan sarungkan ke kakiku ...dan saat2 keemasan mula menyinar bila seluar tu berjaya disarungkan tanpa ada masalah langsung[meaning takde rasa ketat laaaa.......].

Masa tu rasa cam nak menjerit jek...apa lagi terus kuar cari hubby and tayangkan kat dia...huhuhuh...senyum jek dia....sebab dulu dia penah cakap kalau tak muat kasi kat org lain ajek.......bengang jek dengar then balas cakap dia, bagi masa kat bini dia ni haaaa sampai aqim setahun..then i'll prove that he's wrong........Akhirnya aku berjaya...yeeehaaaaa......seronot la sangat hehehhe....and.....

lanjutan dari keseronokan tu ari ni gi keje pakai la kebaya yang dah lama tak disarungkan dengan alasan rasa gemuk.......HEHEHEH..part yang best tu siap cakap ngan hubby ....lepas ni seluar yang besar2 tu boleh simpan laaaa...dah longgar...hehehe..dia senyum jek...tak tau la senyum betul ke atau senyum perli......tak kisahla bang..asalkan impian bini abang ni tercapai.....

Saturday, November 11, 2006

Di suatu pagi...............

Ini gambar terbaru yang diambil pagi tadi...hari ni masuk keje petang so pagi tadi bawak la bebudak memain kat playground kat Tanjung Emas. Nasib baik tak ramai orang........huhuhu

Aliff ngan Ainna still ngan baju tido lagi..terpaksa kejutkan nak ajak main kat sini..memang tak janji ngan dorang. Bukan apa kalau berjanji nanti dia tuntut memang haru laaa.......

Cantik tak pemandangan kat pokok nih?......Memasing bergambar ngan Aqim je la.Bebudak dua org tuh sibuk main buai.....hehehhe.......


Thursday, November 09, 2006

sOk SeK sOk SeK.......

Inilah 3 permata hati ku....gambar ni diambil masa raya ari tuh....kalau bab bergambar mmg la jadi kesukaan my diamonds nih.....

3 diamonds dengan Pak Apit dorang......masa ni kat luar umah atuk....syok betul Aliff melayan Aqim..bawak jalan2 naik basikal kecik tuh..si Ainna merengek tak dapat naik ..pujuk2 lastly jadik tukang tolak basikal ...hehehehhe
Aqim macam tau2 aje kalau ada kamera yang dihalakan kat dia..automatik tersenyum...heheh..sayang anak ibu nih..bila la nak pandai jalan..huhuhu
Aqim ngan Isya[anak adik yang duk kat kedah tuh]......beza umur setahun.......bila nak amik gambar tetiba kuar pulak iklan kat TV.....makanya tak fokus la plak kamera nih.....huhuuh....dah la dua2 kaki tgk iklan..spoil betul laaa...:)