Tuesday, August 29, 2006
Friday, August 25, 2006
Solat..Solat...Solat...
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
" Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dari gilongan orang2 yang bersolat. (Surah Al-Mudathsir : 42-43)
Kita sembahyang lima waktu sehari semalam tahukah kita setiap perbuatan yang kita lakukan semasa sembahyang sebenarnya ada rahsia disebaliknya.
1. Niat sembahyang :-Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
2. Berdiri betul :-Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram:-Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
4. Fatihah:-Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
5. Rukuk:- Sebagai tikar kita didalam kubur
6. Iktidal:- Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
7. Sujud:- Memagar kita ketika menyebarangi titian sirotul mustaqim
8. Duduk antara Dua Sujud:-Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9. Duduk antara Dua Sujud (akhir):- Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
10. Tahiyat akhir:- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan oleh mungkar & nangkir didalam kubur.
11. Selawat Nabi:- Sebagai pendinding api neraka didlam kubur
12. Salam:- Memelihara kita didalam kubur
13. Tertib:- Akan pertemuan kita dengan Allah yang keempat.
Thursday, August 24, 2006
JANGAN BENCI - MEMBENCI
Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan.
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"
=================================================================
*sumber dari email.
Wednesday, August 16, 2006
THREE THINGS.............
Sunday, August 13, 2006
Jiwang beb........
Aku yang lemah tanpamu
Tuesday, August 08, 2006
Friday, August 04, 2006
Aksi dan Mimik Muka.......................
Ni aksi dia tengah geram, heheh,..tengok abang ngan kakaknya dapat main kat playground, rupanya dia pun nak main sama..tu yang bila tak dapat naik geram jek muka dia..huhuhu..pandai dah anak bujang ni geram.......
Yang ni pulak aksi bila ada iklan kat TV, naik tercengang muka dia, memang khusyuk abisss..kalau dipanggil memang buat dek aje dia.......