My Life............sharing is caring!

Friday, December 23, 2005

AZAM 2006....

Apa azam tahun baru korang? 2006 bakal menjelang, 2005 bakal menghilang...

Apa yang dah korang lakukan sepanjang 2005? Adakah semua azam 2005 tercapai?........setiap tahun semua orang mesti ada tanamkan azam baru yang nak dibuat.

Untuk 2006 ni pun kita ada beberapa azam yang baru terpikir masa bangun tidur pagi tadi....Antaranya ialah:
1. Nak menjadi seorang isteri yang lebih baik(merangkumi semua perkara) yang diredhai oleh suami.
2. Nak menjadi ibu yang boleh mendidik anak2(Aliff, Ainna dan Aqim)menjadi anak2 yang baik di dunia dan akhirat.
3. Nak menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa( selalu ziarah abah ngan mak sebab dorang dah dekat nih).
4. Nak beli/ buat rumah sendiri.

So far baru tu je yang terpikir dalam kepala nih....So my pren u all pulak camner?

Thursday, December 15, 2005

Untuk RENUNGAN BERSAMA...

Ni ada sedikit renungan yang kita nak kongsi ngan u all..........

(1.) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.
(2.) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.
(3.) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.
(4.) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.
(5.) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan, bencinya pada kita binasa.
(6.) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.
(7.) Di antara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isternya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.
(8.) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya.
(9.) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam kebahagiaan.
(10.) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecuali kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.
(11.) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.
(12.) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri dalam masa beristeri.
(13.) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak juga oleh kerana manisnya.
(14.) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.
(15.) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin baru.Kerana menganggap dirinyer sentiasa diburu.
(16.) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut psikologi dia susah hati kehilangan mudanya.

So, my pren, agak2nya statement mana yang buat korang rasa teruja....any comments?

Sekian ader nyer..

Friday, December 02, 2005

The Latest.....

Inilah gambar terbaru baby LUQMAN NURHAQIM....gambar ni di ambil pada 21 November 2005 masa wedding sepupu........sekarang dah pandai bujang ni nak berbual ngan orang......bila kita bercakap dengan dia..mulalah terkumat kamit mulutnya nak bercakap jugak..seronok melayankannya.......

Kalau balik kerja tu memang tak sabar nak jumpa dengan si aqim nih.....rindu nak dengar bunyi suara dia.....Tapi apa yang membuatkan ibu dia terharu ialah bila dia menyebut perkataan ibu. Terkejut jugak sebab dengar sendiri dia memanggil ibu...terharu pun ada..kagum pun ada sebab baru 2 bulan dah pandai panggil ibu....waahhhhh....bijak..bijak.....anak ibu memang pandai....aliff ngan ainna dulu pun tak camtu......(ibu proud of you, aqim)

Seronok bila ada anak....biarpun penat sikit bila balik keje tapi tak penat nak melayan karenah anak2..sanggup buat apa sahaja kerana anak.....macam semalam...dari pagi sampai ke malam kat opis ..sempat lagi keluar nyusukan dia then beli barang2 sikit......bila balik pula sempat suapkan dan lap badan dia......tapi tu semua seronok....bila tengok muka aqim hilang penat.....dah la ayah dia takde.....4 ari pulaknya tuh....memang jadik superwoman la uruskan anak2 yang tengah lasak especially abang ngan kakak dia.....fuuhhh......tapi itu semua pengalaman yang really best...adventure bak kata orang.......kalau dulu masa anak dara selalu mengadu penatla....ngantuklah...then makcik yang jaga bebudak ni kata kalau masa anak dara penat nanti dah kawin ..ada anak lagi penat....betulla cakap makcik......the truth is there.....

Pada yang dah jadi isteri, ibu dan juga bekerja, tahniah diucapkan kerana mampu memikul tanggungjawab yang bukan calang-calang orang boleh buat...hehehhe....(pesanan penaja)